GENIUS, IQ anak sulung kepada angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, Sophea Isabella, 11, mencatat skor 130 ke atas apabila terpilih untuk mengikuti bengkel Permata Pintar UKM.

IQ ialah intelligence quotient ialah darjah kecerdasan manusia diperoleh daripada set ujian piawai atau subujian yang direka khas.

IQ  mengukur potensi seseorang dalam membuat sesuatu pertimbangan. Dalam kata lain, ia bagi melihat bagaimana seseorang itu mampu menggunakan maklumat dan logik untuk menjawab persoalan dan membuat jangkaan. Memori dan potensi menyelesaikan cabaran juga mungkin diambil kira. Skor purata kebanyakannya adalah antara 90 hingga 109.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. ‘Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah’

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). ‘All the hard work paid off’

Bella dan adiknya, Tasha.

Baca juga: Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

Dr Sheikh Muszaphar langsung tidak menjangka anaknya, Sophea Isabella atau mesra disapa Bella genius.

Beliau turut berkongsi perkembangan Bella sejak kecil. Sememangnya ‘milestone’ Bella awal daripada kebanyakan bayi.

“Saya tidak pernah menganggap Bella seorang yang genius.
IQ saya cuma 120, Dr Halina lebih kurang 124. Tetapi Bella
– seorang yang cepat belajar
– mula berjalan pada usia lapan bulan
– boleh membaca pada umur tiga tahun
– menghafal surah dengan mudah
– imaginasi yang tinggi
– sangat sensitif dan emosi
– sangat cekap memerhati
– cemerlang dalam setiap bidang diceburi

“Sentiasa bangga dengan kamu Bella. Apa yang penting Bella menikmati setiap minit di sana. Sentiasa dahagakan ilmu dan mempelajari perkara baru

“Daddy doakan yang terbaik untukmu. Semoga berjaya walau dimana jua berada, demi Ummah. Amiin,” titip bapa kepada enam cahaya mata itu.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Baca juga: Manusia kidal miliki IQ lebih tinggi, tetapi mudah diserang penyakit? Berikut penjelasan pakar

Selain itu, angkasawan pertama negara mendedahkan Bella menyertai bengkel Permata Pintar ketika usianya baru dua tahun.

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi program di bawah Permata Pintar UKM adalah untuk kanak-kanak yang telah melalui ujian kelayakan berperingkat yang ketat.

“Hanya untuk mereka yang genius dan berbakat di Permata Pintar UKM. Tahun 2022, seramai 388,888 orang pemohon menduduki UKM1, 15,000 daripadanya cemerlang dan menduduki UKM2. Kemudian seterusnya UKM3.

“582 pelajar terbaik dipilih untuk Kem 12 hari dalam pelbagai kursus seperti berikut:
1. Biologi Manusia
2. Robotik Termaju
3. Statistik Lanjutan
4. Ahli Fizik Muda
5. Arkeologi
6. Kristal & Polimer
7. Kejuruteraan Genetik
8. Entomologi Forensik
9. Sains BioPerubatan
10. Kejuruteraan Automotif
11. EtnoKosmologi
12. Arkeologi
13. Undang-undang
14. Perangkaan Lanjutan

Iklan

“Kanak-kanak yang terpilih ini mempunyai IQ melebihi 130 dalam lingkungan 8 hingga 15 tahun. Gembira dan kagum bertemu dengan mereka,” titip Dr Sheikh Muszaphar.

Terdahulu beliau berkongsi Bella sudah melepas UKKM1 dan UKKM2.

Menurut Kidspot, terdapat  tujuh tanda bayi  akan membesar menjadi individu genius.

1.Perkembangan lebih awal daripada bayi lain seusianya.
2.Mempunyai daya fokus yang sangat baik.
3.Suka menyelesaikan masalah.
4.Anda akan melihat mereka sangat gembira bermain sendiri.
5.Rasa ingin tahu yang tinggi.
6.Berat lahir yang tinggi.
7.Tahap kepekaan yang tinggi.

Baca juga: [VIDEO]’Tangisan bayi berbeza ikut nada’- Dr Sheikh Muszaphar

Info PERMATApintar

1-Program PERMATApintar diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dibangunkan dengan kerjasama UKM, yang diberi mandat untuk membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan program yang dilancarkan pada tahun 2009.

2-Berbeza dengan sistem pendidikan menengah biasa, subjek seperti robotik, kriptologi, bioteknologi, astrofizik, sains penerbangan, lokasi penyiasatan jenayah, pengenalan kepada penyakit, kebarangkalian dan teori permainan, matematik untuk alam semesta dan fizik tambahan, adalah antara mata pelajaran yang diperkenalkan di PERMATApintar.

3-Ujian UKM1 dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 April setiap tahun.

Iklan

4-Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia berumur antara lapan hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1. Manakala Ujian Program Pintar dan Berbakat (Junior Science Camp Program -PCIS) untuk kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun.

5-Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus  ujian UKM3. Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.

Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara

Sumber: Instagram drsheikhmuszapha, Kidspot

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi