MENGUASAI banyak bahasa memberikan pelbagai manfaat. Seperti kanak-kanak Rusia ini, Bella Devyatkina,10, yang menguasai lapan bahasa sejak berusia tujuh tahun.

Kanak-kanak pintar cerdas lazimnya memiliki penggunaan tatabahasa dengan baik dan gemar menggunakan perkataan yang baru dan unik. Namun tidak ramai yang mampu menguasai lapan bahasa seperti Bella ini.

Segala adalah daripada dibimbing oleh ibu bapanya. Menariknya, Bella difahamkan menguasai tujuh bahasa sekaligus ketika kecil.

Dilahirkan pada 3 Ogos 2012, Bella telah diperkenalkan dengan bahasa Rusia dan Inggeris oleh ibunya, Yulia Devyatkina pada peringkat awal.

Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara

Baca juga: IQ tinggi, tetapi tidak ekspresif. Bagaimana penghidap sindrom Asperger boleh survival walau mereka bijak?

Bella dan ibunya, Yulia. (Kredit foto: Instagram yulia9kina)

 

Menurut GCPawards, Yulia sentiasa cuba menjadikan proses pembelajaran sentiasa menyeronokkan dan mengelak cara pembelajaran tradisional.

Yulia yang merupakan guru Bahasa Inggeris mengatakan kemahiran bertutur Bella datang dari belajar dengan kaedah yang betul.

“Saya menggunakan teknik yang sama seperti kanak-kanak lain dan mereka menunjukkan hasil yang sama,” kata Yulia.

Tidak terhenti di situ,Bella seterusnya mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga ketika Bella berumur 10 bulan.

Si kecil itu mempelajari bahasa Perancis menggunakan kad imbas dan perbualan bersemuka beberapa kali seminggu.

Pada masa dia berumur dua tahun, Bella boleh memahami dan bercakap ayat-ayat pendek dalam ketiga-tiga bahasa.

Menyedari minda si kecil seperti span yang pantas menyerap dengan mudah, Yulia terus memperkenalkan bahasa baru untuk memenuhi minat anak perempuannya.

Baca juga: Manusia kidal miliki IQ lebih tinggi, tetapi mudah diserang penyakit? Berikut penjelasan pakar

Baca juga: 13 tahun ambil jurusan perubatan, ibu dedah keistimewaan anak- “3 tahun boleh baca 1 bab buku”

Menurut bilingualkidspot.com, ibu bapa kanak-kanak genius itu tidak pernah memaksa tetapi mereka memperkenalkan kepada Bella cara yang menyeronokkan dalam mempelajari setiap bahasa.

Sehingga akhirnya Bella mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan bertutur pelbagai bahasa. Misalnya, Bella mengikuti kelas melukis dalam bahasa Perancis dan kelab teater dalam bahasa Inggeris.

Sebelum berumur tiga tahun, ibu bapanya menambah bahasa Cina, kerana Bella menunjukkan minat terhadap kartun dari China. Si kecil itu seterusnya mempelajari bahasa Jerman semasa kelas luncur ais.

Bukan itu sahaja, Bella turut mempelajari bahasa Sepanyol melalui kelas tarian, bahasa Arab dan akhirnya belajar bahasa Itali melalui aplikasi bahasa.

Menguasai lapan bahasa pada usia muda, Bella kini memperkukuhkan kemahiran membaca dan menulis dengan bantuan seorang tutor.

Baca juga: Foto anak-anak ikuti perhimpunan duduk di bangku kecil tular, terima pelbagai pendapat para ibu

Baca juga: ADHD bukan kerana gajet, telefon bimbit atau sebab salah didikan ibu bapa! Ini penjelasannya

Ketika kanak-kanak itu berusia empat tahun, beliau dan ibunya pernah menjadi jemputan rancangan televisyen Rusia, ‘Amazing People’. Rancangan yang memaparkan Bella petah menjawab soalan, menyanyikan lagu dan bercakap tentang dirinya dalam pelbagai bahasa menjadi tular.

Yulia berkata anak perempuannya bukanlah seorang yang ajaib beliau hanya memperuntukkan lebih banyak masa untuk Bella.

Guru Bahasa Inggeris berkenaan turut berkata, tidak semua kanak-kanak perlu bertutur enam bahasa, tetapi setiap mereka berpotensi menguasai dua atau tiga bahasa.

Ibu bapa Bella faham bahawa anak perempuannya tidak akan menggunakan semua bahasa ini dalam kehidupan sehariannya, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris, Perancis, dan Cina.

Baca juga: Terbaik! Lukisan kanak-kanak Malaysia terpilih maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022

Iklan

Baca juga: Terjatuh tingkat 5, kanak-kanak 2 tahun panjang umur, selamat disambut hero

“Kami juga tidak bimbang Bella tidak berminat dengan kelasnya. Dia mempunyai pengetahuan yang sama seperti kanak-kanak berusia empat tahun yang lain, tetapi dia boleh membincangkan topik ini dalam bahasa yang berbeza.” kata Yulia.

Lapor theculturedkid.com Yulia tidak sendirian mengajar Bella pelbagai bahasa. Beliau mendapatkan bantuan beberapa tutor dalam bahasa itu dan merangka aktiviti  yang menyeronokkan dan menarik untuk dipelajari Bella.

Kanak-kanak itu mempelajari bahasa secara melalui lawatan ke zoo, muzium, akuarium dan kelas memasak di rumah.

Yulia menjelaskan dalam banyak temu bual bahawa fokus utamanya ialah Bella berasa seronok.

“Kami tidak meletakkan matlamat bercita-cita tinggi untuk masa depan Bella. Bagi kami, penting untuk Bella mencari perkara kegemarannya dalam hidup dan melakukan perkara yang dia suka.” kata Yulia.

Sama seperti kanak-kanak lain, Bella juga bermain, bermain alat muzik dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Bezanya, Bella melakukan setiap perkara ini dalam bahasa yang berlainan, sebagai ruang untuknya bertutur dan mempraktikkannya.

Baca juga: Ditinggalkan ibu ke dobi, kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh kondominium 35 tingkat

Iklan

Baca juga: Main belon dinosaur dibeli ibu, kanak-kanak 5 tahun maut ‘keracunan helium’

Pada tahun 2020, Bella menerima anugerah Global Child Prodigy atas kecerdasannya.
Global Child Prodigy Awards ialah organisasi pertama yang menghargai bakat setiap kanak-kanak daripada pelbagai negara dan latar belakang.

Ibu-ibu pastinya terinspirasi dengan kisah Bella ini. Tidak mustahil untuk direalisasikan, asalkan anda merancang dan berusaha menggilap potensi diri anak.

Baca juga: Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Sumber: Popmama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan