GENAP setahun usia anak sulung pasangan selebriti Bollywood Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor, namun sehingga kini belum berkongsi wajah bayi mereka.

Pun demikian, anak perempuan kepada pasangan Mahesh Bhatt dan Soni Razdan itu telah berkongsi momen sambutan hari jadi cahaya matanya melalui laman Instagram.

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

Baca ni ‘Cantiknya Amora, persis mami waktu muda.’ Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

 

“Kegembiraan kami, kehidupan kami, cahaya kami! Rasanya baru semalam kami memainkan lagu ini semasa anda berada dalam perut saya. Tiada apa yang boleh dikatakan, kami bertuah kerana mempunyai anda dalam hidup kami.

“Anda membuat setiap hari berasa seperti ‘kek penuh berkrim yang lazat’. Selamat hari lahir Baby Tiger, kami sayangkan awak lebih daripada sayang diri sendiri,” ungkap Alia penuh tulus buat puteri kesayangannya itu.

Turut dimuat naik gambar tangan Raha yang sedang memegang kek hari jadi.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

Sekadar makluman, pasangan popular itu berkahwin pada 14 April 2022. Dua bulan kemudian, Alia berkongsi berita gembira bakal bergelar ibu.

Pada 6 November 2023, beliau selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakan Raha.

 

“Namanya Raha (dipilih oleh ayahnya yang bijaksana) memiliki banyak makna yang indah. Sesuai dengan namanya, dari saat pertama kami memegangnya, kami dapat rasakan semuanya.

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

“Terima kasih Raha, rasanya hidup kami baharu sahaja bermula,” tulis Alia menerusi satu perkongsian di dalam Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut tidak memaparkan wajah bayi mereka, sebaliknya hanya fokus kepada jersi Barcelona dengan cetakan namanya.

Baca lagi Dulu bintang Bollywood, kini Twinkle Khanna jadi penulis buku. Sambung pengajian pada usia 48 tahun, memang inspirasi!

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

Sejak awal kehamilan lagi, pelakon Brahmastra itu sudah sepakat dengan suaminya untuk tidak mendedahkan bayi mereka dengan dunia paparazzi.

Malah, pasangan itu berharap puteri kesayangan mereka dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain seusianya tanpa dihujani pancaran lensa kamera mahupun sebarang cerita sensasi.

MEWARISI BULU MATA AYAH

Meskipun kedua-duanya enggan menayangkan wajah puteri mereka kepada khalayak ramai, namun mereka tidak kisah berkongsi perkembangan si kecil dalam mana-mana sesi temu bual.

Menerusi satu wawancara dengan majalah Vogue, Alia berkongsi momen lucu bila mana meminta Ranbir memeriksa bulu mata anak perempuannya.

Baca ni ‘Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.’ Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

Ternyata impian si ibu menjadi kenyataan apabila Raha dikatakan mewarisi bulu mata panjang dari ayahnya.

Iklan

Bukan itu sahaja, ketika mempromosikan filemnya Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani, Alia mengakui barangan milik anak perempuannya seperti sapu tangan,sarung tangan, mainan dan buku kecil sentiasa ada terisi di dalam beg tangannya.

“Semasa perjalanan dari Mumbai ke London, barangan saya hanyalah pasport. Selebihnya terisi sarung tangan, sepasang stokin tambahan, mainan kecil, buku kecil.

“Nampaknya, beg saya kini telah menjadi beg Raha, bukan lagi beg saya,” ujar Alia.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

NAMA PILIHAN MERTUA

Dalam satu sesi temu ramah lain, Alia mengakui bukan sengaja menyembunyikan wajah anak perempuannya itu daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak mahu ia kelihatan seperti menyembunyikan anak perempuan saya. Saya bangga dengannya. Jika kamera tiada sekarang, saya akan berkongsi gambarnya.

“Saya cintakan dia. Saya bangga dengan bayi kami. Namun, kami ibu bapa baharu. Justeru, kami tidak tahu bagaimana perasaan kami apabila wajahnya terpampang di internet. Raha baharu berusia setahun,” tegas Alia.

Iklan

Baca lagi ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

Selain itu, aktres berusia 30 tahun itu turut mendedahkan, pemilihan nama Raha dibuat oleh ibu mertuanya, Neetu Kapoor.

Mungkin ramai yang kecewa, kan dengan keputusan pasangan sama cantik sama padan itu. Namun, sebagai selebriti terkenal, pastinya mereka mahukan privasi.

Lebih-lebih lagi buat anak kecil yang tengah membesar. Mungkin suatu hari nanti, pasangan tersebut akan berkongsi wajah anak perempuan kesayangan mereka. Sama-sama kita nantikan!

Sumber: Instagram aliaabhatt, antvklik.com & hindustantimes.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang