SEORANG pemimpin yang disegani, presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi sentiasa mendapat perhatian ramai.

Kesederhanaan pemimpin berusia 60 tahun itu menjadi bualan rakyat jelatanya. Sama-sama bersesak-sesak dengan orang ramai menaiki kereta api komuter, makan di restoran, membeli jajanan di kaki lima dan menaiki motosikal bersama isterinya, Iriana adalah antara hal yang pernah dilakukannya.

Baru-baru ini, Anak jati Surakarta, Jawa Tengah itu menarik perhatian ramai apabila memakai sepasang kasut buatan tempatan yang ‘biasa-biasa’ saat bertemu manusia terkaya, usahawan teknologi tersohor, Elon Musk.

Jokowi dilihat memakai kasut jenis ‘sneaker’ jenama Indonesia iaitu NAH Project menerusi paparan foto yang dikongsikan beliau di laman sosial Instagram.

Baca juga: Jokowi kotakan janji, individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Indonesia

Ternyata jiwa patriotik Jokowi dizahirkan menerusi pemakaiannya. Menurut perkongsian pengguna Twitter @SyedAkramin, kasut berkenaan cukup sederhana bagi insan terpenting di Indonesia itu yang hakikatnya boleh memilih memakai sepatu lebih berjenama dan mahal.

“Sahabat Twitter beritahu kasut yang dipakai Jokowi ketika bertemu Elon Musk di USA tempoh hari ialah dari jenama Project NAH buatan Bandung, Indonesia. Harganya adalah sekitar RM112.

“Lelaki ini benar-benar mahu majukan negaranya. Sehingga hal kecil ini pun dia fikirkan,” ciapnya.

Menerusi tinjauan SinarPlus kasut jenama Nah Project yang berasal dari Bandung dari jenis FlexiKnit itu berharga 435,000 rupiah (RM130.38).

Bekas Gabenor Jakarta itu dilihat sangat menyokong jenama lokal selaras dengan prinsipnya yang menyeru para pegawai mencintai barangan tempatan.

Iklan

Hasil pertemuan itu, Jokowi difahamkan berbincang dengan Elon Musk mengenai projek besar SpaceX. Negarawan itu turut melawat kilang roket SpaceX yang terletak di Boca Chica, Amerika Syarikat.

Jokowi berkata beliau dan Elon Musk membincangkan kerjasama untuk projek masa depan yang bukan sahaja berkaitan dengan Tesla. Malah beliau turut mengundang Elon Musk untuk ke Indonesia.

Elon Musk dikatakan sangat berminat dengan masa depan Indonesia dan menyifatkan republik itu sangat optimis serta mempunyai tenaga positif.

Iklan

Baca juga: Tuntutan waris RM300 bilion, berikut ketokohan Datuk Bentara Luar Johor, Muhamad Salleh Perang

Baca juga: Gigih berbasikal ke hospital untuk bersalin, ahli Parlimen New Zealand ini buat ramai kagum

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI