BUKAN kali pertama kita mendengar kes rogol melibatkan pelajar sekolah.

Namun apa yang berlaku di negara seberang ini menjadi perhatian seluruh negara apabila kes rogol melibatkan 13 pelajar di sekolah berasrama penuh agama.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Menurut laporan Reuters, berikut sembilan fakta berkaitan;

1. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru, Herry Wirawan, 36, atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung.

2. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

3. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.

Artikel berkaitan: 8 hamil angkara guru sekolah, penjara seumur hidup

tangkap, berkas, gari

Iklan

4. “Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati,” menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung.

5. Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas alasan beliau perlu melihat penghakiman penuh oleh mahkamah.

6. Jurucakap pejabat pendakwaan tempatan juga berkata pihaknya menunggu penghakiman penuh sebelum memberi sebarang komen.

7. Antara 2016 dan 2021, Herry didakwa melakukan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan berusia antara 12 dan 16 tahun.

8. Lapan daripada mangsa tertuduh juga hamil, menurut penghakiman pada Februari lalu.

Iklan

9. Pegawai Indonesia, termasuk Menteri Perlindungan Kanak-Kanak turut menyokong rayuan bagi mendapatkan hukuman mati itu. Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah rayuan hukuman mati itu, yang dianggap tidak bersesuaian.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI