Sedihnya, TNI dedah nama 53 perajurit KRI Nanggala 402

A
A
A

OPERASI mengesan kapal selam KRI Nanggala 402 menemui petunjuk dengan penemuan serpihan komponen kapal selam pada petang semalam.

Ketua TNI-AL, Yudo Margono berkata, pasukan mencari menemui serpihan-serpihan KRI Nanggala termasuk barangan dari dalam kapal selam tersebut yang dipercayai kehabisan bekalan oksigen.

“Kami telah mengubah status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang (submiss) kepada kapal selam tenggelam (subsunk). Kami mempunyai bukti sahih yang dipercayai datangnya daripada kapal KRI Nanggala 402," katanya.

Penemuan tersebut memberi keyakinan kepada pasukan tentera untuk mengumumkan status kapal itu kepada ‘subsunk’ .

Artikel berkaitan: KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari Ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

Serpihan sejadah antara ditemui

Antara barangan yang ditemui termasuk serpihan torpedo dan botol minyak gris yang digunakan sebagai pelincir periskop kapal selam . Turut ditemui cebisan sejadah yang digunakan oleh kru KRI Nanggala.

Pencarian kapal selam KRI Nanggala 402 tetap diteruskan awal pagi semalam meskipun telah melepasi tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen 72 jam iaitu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Nama perajurit KRI Nanggala 402

Seramai 53 anak kapal masih tidak ditemui jasadnya. Ramai yang mendoakan mereka pada posting media sosial dengan tanda pagar #prayfornanggala402. Pelbagai ucapan dan doa dikirimkan mengenang jasa dan pengorbanan parajurit KRI Nanggala 402.

Berikut merupakan senarai nama anak kapal tersebut:

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402

2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P)

3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T)

4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)

5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)

6. Muhadi – Lettu Laut (P)

7. Ady Sonata – Lettu Laut (P)

8. Imam Adi – Lettu Laut (P)

9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T)

10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E)

11. Munawir – Letda Laut (P)

12. Rhesa Tri – Letda Laut (T)

13. Rintoni – Letda Laut (T)

14. M Susanto – Letda Laut (P)

15. Ruswanto – Serka Bah

16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah

17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu

18. Achmad Faisal – Sertu Kom

19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom

20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko

21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki

22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes

23. Bambang Priyanto – Serda Bah

24. Purwanto – Serda Kom

25. Eko Prasetiyo – Serda Kom

26. Harmanto – Serda Ttu

27. Lutfi Anang – Serda Ttu

28. Dwi Nugroho – Serda Atf

29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede

30. Misnari – Serda Eta

31. Setyo Wawan – Serda Saa

32. Hendro Purwoto – Serda Lis

33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes

34. Diyut Subandriyo – Serda Lis

35. Wawan Hermanto – Serda Lis

36. Syahwi Mapala – Serda Lis

37. Wahyu Adiyas – Serda Lis

38. Edi Wibowo – Serda Lis

39. Kharisma D.B – Kopda Eta

40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg

41. Khoirul Faizin – Kopda Mes

42. Maryono – Kopda Trb

43. Roni Effendi – Klk Eta

44. Distriyan Andy P – KLK Eta

45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy

46. Gunadi Fajar R – KLS Isy

47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav

48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes

49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK

50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel

51. Irfan Suri – Letkol Laut (E)

52. Whilly – Mayor Laut (E)

53. Suheri – PNS

Artikel berkaitan: Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, Objek Ditemui Sahkan Ia Karam

Menurut agensi berita antarabangsa, KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terputus hubungan.

Kapal selam buatan 1979 ini dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaannya untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran. KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta sistem penggerak, sonar dan senjata dinaik taraf.

Mungkin terputus di dasar laut

Misi pencarian bertukar kepada usaha mengeluarkan kapal selam itu selepas serpihan yang ditemui menggambarkan ia mungkin terputus ketika tenggelam ke dasar laut.

Kapal perang, pesawat dan ratusan anggota tentera dikerah dalam misi mencari KRI Nanggala 402 sejak ia dilaporkan hilang minggu ini ketika menjalani latihan ketenteraan, dengan harapan ia dapat ditemui sebelum kehabisan bekalan oksigen.

Namun, semalam tentera laut memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang