Hanya cuci dan lipat baju jer, wanita ini mampu jana pendapatan lumayan hingga RM105,564 sebulan

A
A
A

BERMULA daripada minat suka mendobi, seorang wanita dari Maryland, Amerika Syarikat telah memberi inspirasi kepada semua apabila meraih income lumayan.

Hanya mencuci dan melipat baju jer, akaun bulanan Christian Sanya boleh mencecah hingga RM105,564 sebulan!

Lapor CNBC, wanita berusia 44 tahun itu sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk mengemas baju dan memastikan setiap lipatan kemas sebelum disimpan di rak pakaian.

Bagaikan 'ketagih' nak terus buat benda sama, Sanya kemudian cuba untuk mempromosikan servis tersebut melalui platform dobi online, SudShare pada tahun 2019.

wanita sanya dobi

Percaya atau tidak, untuk rekod tahun lepas jer beliau dapat mencatat keuntungan mencecah RM202,538 (berdasarkan dokumen yang dikaji semula oleh CNBC Make It).

Melihat potensi yang memberangsangkan itu, beliau dan suami membuka Laundry Room sendiri di Lanham, Maryland sambil dibantu empat pekerja.

Baca juga Buat duit hanya guna hampas nanas, idea luar kotak wanita ini beri pulangan lumayan

Meskipun masih bekerja sebagai pegawai teknologi makmal perubatan, namun Sanya tetap bijak menyusun jadual bagi memastikan hobinya berjalan seperti biasa.

wanita sanya dobi

Memetik portal itu lagi, pada mulanya wanita itu mengakui berdepan banyak rintangan tetapi disebabkan mendobi sesuatu pekerjaan yang diminati, semuanya boleh menjadi 'duit' mudah.

"Saya tak rasa servis itu satu pekerjaan pun, malah ia menjadi terapi diri setiap hari. Ini kerana dengan membasuh dan melipat kain, ia menenangkan saya," katanya.

ANAK AUTISME

Sebenarnya ada kisah menarik di sebalik semua cerita yang didedahkan CNBC tentang Sanya.

Tuan punya badan pernah bercita-cita mahu membuka sebuah premis dobi sendiri sejak daripada kecil lagi.

wanita sanya dobi SUMBER foto: PEXELS.

Beliau boleh mengemas semua baju dalam satu basuhan sepantas tiga minit. Memang tangkas kerana semua 'kerja' tersebut sudah biasa dibuat sejak zaman kanak-kanak lagi.

Sanya dan suaminya juga pernah mencuba untuk membeli satu dobi daripada kenalan pada tahun 2015, namun disebabkan kos yang tinggi, mereka tak mampu.

Baca juga Hanya jual kasut vintaj, remaja mampu jana pendapatan hingga RM1.09juta setahun. Lumayan sungguh!

Sejak itu, impian tersebut terus terkubur.

Nak dijadikan cerita, Sanya hilang pekerjaan selepas kerap mengambil cuti untuk menjaga anak perempuan yang didiagnos dengan autisme pada tahun 2019.

wanita sanya dobi SUMBER foto: PEXELS.

Disebabkan kekangan masa untuk memantau anak di rumah, beliau memilih untuk mencari kerja sambilan yang lebih fleksibel.

Bermula dengan Instacart iaitu servis penghantaran barang dapur terus ke rumah membuatkan masa yang ada banyak dihabiskan dalam kereta dan kedai runcit.

Baca juga Misi murni Iron Lady ini bantu wanita hidup susah, boleh jana pendapatan lumayan

Simpati dengan situasi yang dihadapi Sanya, salah seorang pelanggannya mencadangkan SudShare iaitu perkhidmatan dobi dari rumah.

Walaupun sudah kembali bekerja di hospital pada Mac 2020, namun Sanya masih aktif mendobi.

wanita sanya dobi SUMBER foto: PEXELS.

Didorong sambutan menggalakkan, beliau membuka satu lagi premis laundry dengan tambahan aset 40 mesin dobi automatik. Kos dianggarkan RM880,600 menggunakan sepenuhnya duit simpanan.

"Sudah menjadi impian saya Laundry Room menjadi bisnes pasif dan masa yang ada lebih tertumpu kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Mungkin satu hari nanti, servis dobi kami akan lebih meluas dan masa itu, semua impian yang mahu dicapai dapat direalisasikan. Untuk ke arah itu, saya kena berusaha lagi sampai berjaya,” katanya.

wanita sanya dobi

Seronok baca kisah Sanya. Jadi, apa lagi? Jika kalian ada kereta dan mesin basuh di rumah, servis laundry tersebut boleh dibuka kepada komuniti setempat.

Hanya pick up, basuh dan hantar semula kepada pelanggan. Memang menarik, kan?

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang