BERMULA hanya berjualan koleksi baju peribadi di media sosial, siapa sangka usaha keras Mona Mejia menjadi inspirasi buat para wanita.

Mana tidaknya, ibu berusia 44 tahun yang menetap di Houston, Amerika Syarikat itu berjaya meraih keuntungan jualan sebanyak RM3,375,855 pada tahun lepas.

Pasti ramai tertanya-tanya bisnes apa yang beliau lakukan?

Sebenarnya seperti wanita lain berusaha mencari duit poket lebih, Mejia juga tidak duduk diam membantu suami yang bertungkus-lumus menanggung tiga anaknya.

Mona Mejia

Lapor Business Insider, Mejia hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa kerana menjaga anaknya yang masih kecil dan mula berjualan secara kecil-kecilan pada tahun 2015.

Tidak pernah mengeluarkan modal besar untuk memulakan jualan tersebut, wanita kreatif itu hanya mempromosikan item yang ada di rumahnya sahaja.

Memetik portal tersebut, usahawan tersebut pada awalnya hanya fokus mahu menjual pakaian baharu dan terpakai, selain perkakas rumah serta permainan kanak-kanak.

Mona Mejia

“Saya tidak melaburkan satu dolar sekali pun untuk perniagaan ini dan hanya jual baju terpakai dalam almari. Kemudiannya untung yang diperoleh dijadikan modal pusingan.

“Saya beli inventori tambahan dan jual semula pada harga berpatutan. Saya sendiri masih terkejut apabila usaha ini menampakkan hasil luar biasa,” katanya memetik laporan portal tersebut.

Baca juga Sanggup lepaskan gaji lebih RM157,000 setahun, jutawan wanita ini buktikan hobi shopping boleh jadi kaya

Kongsi Mejia, 2015 adalah tahun paling mencabar dalam hidupnya kerana memerlukan duit lebih untuk membantu menyara keluarga.

“Saat itu adalah masa yang cukup sukar buat kami sekeluarga. Malah ketika itu, kami tidak tahu sama ada kami ada duit untuk makan atau tidak.

Mona Mejia

“Apabila kakak memperkenalkan satu platform jualan preloved di Poshmark, saya mula menjual pakaian. Saya masih ingat baju pertama bernilai RM165 terjual selepas 11 jam,” katanya.

Menyedari jualan sangat pantas, wanita itu mula menyenaraikan lebih banyak item dan semua keuntungan tersebut dapat membantu keluarganya.

DUGAAN BERULANG

Pada tahun 2017, sekali lagi dugaan menimpa keluarga tersebut apabila suami Mejia tidak dapat bekerja selepas menjalani pembedahan jantung.

Mahu tidak mahu, wanita tabah tersebut tidak putus asa dan mempertingkatkan lagi jualan di platform lain.

Mona Mejia

Berkat usaha keras demi membantu famili yang hilang punca pendapatan utama, akhirnya jualan bermula RM459 kini mencecah RM4,593 dalam tempoh seminggu.

Apabila dicongak, keseluruhan income yang direkodkan pada tahun pertama sebanyak hampir RM229,650. Memang luar biasa!

Iklan

Baca juga Buat duit hanya guna hampas nanas, idea luar kotak wanita ini beri pulangan lumayan

Bijak mempelbagaikan item jualan, Mejia kemudian berjinak-jinak dengan Instagram, TikTok dan Facebook, selain rajin membuat penstrim secara langsung untuk jualan kilat.

Mona Mejia

Tidak hanya tertumpu koleksi peribadi, ibu tersebut juga pandai mencari item di jualan gudang dan lelongan tidak kira kasut, baju, alat elektrik, aksesori serta barangan kemas.

Daripada harga serendah RM70, beliau mampu menjual pada harga setinggi RM6,430 untuk barangan berjenama seperti Louis Vuitton atau Chanel.

Baca juga Jual Super Ring guna eBay, wanita ini berjaya jana pendapatan 4 angka

Bisnes online yang semakin berkembang membuatkan suaminya turut sama membantu. Kini sudah banyak perubahan dinikmati termasuk mampu membeli rumah sendiri dan menanggung pengajian kolej anak-anak.

Iklan

Mona Mejia

Hebat bukan? Paling penting, perlu ada minat, jangan sesekali putus asa dan tanamkan semangat untuk berjaya dalam hidup.

Tidak mustahil ada hari-hari jualan tidak laku tetapi percayalah rezeki ALLAH tak pernah salah alamat.

Moga kisah Mejia memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang sedang mencari duit lebih untuk keperluan diri dan anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan