MUDAHNYA wanita ini berniaga makanan ringan berasaskan keju, Super Ring sehingga boleh meraih pendapatan ribuan ringgit setiap bulan.

Masakan tidak, jajan bernilai RM1.80 itu boleh dijual hingga puluhan ringgit di luar negara menerusi platform jual beli popular antarabangsa, eBay.

Perkongsian Adilah Ibrahim melalui blog peribadinya membuatkan ramai terkesima apabila snek tersebut mempunyai peminat tersendiri khususnya di Amerika Syarikat.

Bukan setakat makanan kudapan tersebut, malah ubat nyamuk pun menerima permintaan tinggi daripada pelanggan Mat Saleh.

Pendek kata, mereka tidak kisah berbelanja mahal sekali pun asalkan dapat memberi barangan buatan Malaysia berkenaan.

Ebay

Aktif menganjurkan bengkel eBay untuk mereka yang berminat, wanita berjaya itu sentiasa menggalakkan orang ramai supaya berniaga dengan bijak.

“Apa yang best mengenai bisnes ini, untung besar, kerja tak banyak dan boleh dilakukan oleh semua orang sebagai pendapatan sampingan.

Baca juga Sanggup lepaskan gaji lebih RM157,000 setahun, jutawan wanita ini buktikan hobi shopping boleh jadi kaya

“Sebenarnya banyak bisnes yang mudah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tetapi semuanya kena belajar,” tulisnya yang menawarkan kelas dalam talian.

Ebay

Memetik perkongsian beliau di Facebook, keuntungan besar diperoleh sebanyak RM31,034.38 untuk sepanjang bulan puasa sehingga 10 Mei lalu.

“Alhamdulillah, rezeki untuk yang buat bisnes eBay secara konsisten dan buat tanpa henti. Bayangkan kalau satu order dapat paling sikit profit RM50, untuk 89 order dah dapat RM4450.

Baca juga 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion

Iklan

“Sis Dila percaya, ramai yang dapat profit tiga angka daripada satu order. Sebab kebanyakan listing ikut cara yang Sis Dila share dalam kelas,” tulisnya.

Ebay

Sebelum ini, Super Ring pernah menjadi fenomena apabila ahli pasukan BlackPink, Jisoo dan Jenny amat menyukai makanan ringan tersebut.

Apa lagi, viral satu dunia apabila peminat berpusu-pusu membeli jajan tersebut disebabkan penangan bintang K-Pop berkenaan.

Baca juga BLACKPINK cipta lima rekod dunia

Iklan

Bijak juga idea menjual makanan ringan, perkakas unik dan barangan tempatan di negara orang, bukan apa harga di sana lebih tinggi berbanding mata wang tempatan.

Apa pun, usaha keras perlu ada dalam diri ya kerana rezeki bukannya datang bergolek depan mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan