LAZIMNYA kucing dikaitkan dengan haiwan yang paling memahami perasaan manusia.

Disebabkan itu, ramai menjadikan si comel itu sebagai haiwan peliharaan.

‘Mereka’ seakan sangat memahami baik ketika kita sedang sedih atau gembira.

Pun begitu, satu kajian oleh sekumpulan saintis baru-baru ini menemui kambing juga dapat memahami perasaan manusia.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Apa yang lebih menarik, haiwan itu boleh mengenal pasti reaksi hanya menerusi nada suara sahaja. Luar biasa, kan!

Kambing telah mengembangkan kepekaan terhadap isyarat vokal sepanjang pergaulan ‘mereka’ dengan manusia sejak 10,000 tahun lalu, fikir para saintis tersebut.

Selain isyarat audio, haiwan itu dikatakan memahami gerak isyarat fizikal dan boleh membezakan antara senyuman dan muka sedih.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Lapor MailOnline, kajian itu menawarkan bukti pertama bahawa kambing boleh mengenal pasti isyarat yang dinyatakan suara manusia, iaitu emosi.

“Penemuan ini menunjukkan haiwan ternakan sangat sensitif terhadap isyarat emosi manusia,” kata ketua penyelidik kajian tersebut, Profesor Alan McElligott dari City University of Hong Kong.

Penyelidikan itu berlaku di Buttercups Sanctuary For Goats yang merupakan sebuah pusat menyelamat haiwan di Boughton Monchelsea, Kent.

Baca juga: Maut ditanduk, kambing kena penjara, pelik tapi benar

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Mereka telah melakukan ujian terhadap 27 ekor kambing jantan dan betina.

Hasil penemuan mendedahkan, majoriti boleh mengenal suara manusia.

Melalui pembesar suara yang dipasang pada kandang, kambing-kambing berkenaan diperdengarkan berulang kali suara manusia yang menyebut ‘hei, lihat sini’ dalam nada gembira dan marah.

 

Baca juga: Bangganya karipap jadi juadah kelima terbaik dunia, berjaya kalahkan menu Itali dan Greece

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Seperti apa yang telah dijangkakan, 18 ekor daripada keseluruhan haiwan yang diuji itu memandang ke arah pembesar suara apabila suara tersebut bertukar.

Bukan itu sahaja, kebanyakan kambing itu juga menghabiskan lebih lama merenung ke arah pembesar suara apabila nada suara tiba-tiba berubah antonasi.

Sementara itu, pengarang kajian, Dr Marianne Mason dari Universiti Roehampton memberitahu MailOnline, haiwan-haiwan itu menyedari dan bertindak balas terhadap perbezaan emosi yang disampaikan.

Iklan

Baca juga: Daging lembu atau kambing, mana lebih baik?

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

“Ini menunjukkan ‘mereka’ dapat melihat perubahan kandungan emosi dalam suara manusia,” demikian kata Mason seperti yang diterbitkan dalam jurnal Animal Behavior.

Pasukan itu mengakui bahawa tidak semua kambing bertindak balas terhadap perubahan emosi.

Ia mungkin disebabkan oleh variasi individu dalam kebolehan kognitif.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Selain itu, para penyelidik juga menyedari tiada sebarang perubahan fisiologi yang ketara pada kambing, berikutan perubahan suara itu.

Iklan

Sama seperti anjing dan kucing, suara negatif seperti marah boleh menyebabkan ketakutan pada kambing.

Sebaliknya, suara positif pula boleh dianggap sebagai menenangkan dan mungkin menggalakkan haiwan itu untuk mendekati dan membantu manusia.

Sumber MAILONLINE

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang