Hanya perlu hantar barang di pulau berbukit, gaji lelaki ini boleh cecah lebih RM20,000 sebulan

No Image Caption
A
A
A

KERJA sebagai penghantar barang lazimnya boleh cecah ribuan ringgit kalau rajin buat trip ke rumah pelanggan.

Lagi masyuk, kalau dapat tip untuk setiap penghantaran. Bolehlah cover kos duit minyak dan penat lelah seharian.

Bayangkan kalian boleh dapat gaji mencecah lebih RM20,000 untuk tempoh sebulan untuk buat kerja delivery saja!

No Image Caption

Ya, itulah yang berlaku di Seoul, Korea Selatan apabila kisah seorang penghantar barang menjadi sensasi di media sosial.

Mana tidaknya, kisah Kim Soo-hyeon menjadi bualan ramai apabila mendedahkan dirinya menerima pendapatan hampir 7 juta won (RM21,995.75) setiap bulan.

No Image Caption

Lapor The Korean Times, pemuda berusia 34 tahun itu merupakan pekerja untuk servis penghantaran barang di Pulau Ulleung yang memiliki populasi seramai 9,000 penduduk.

Artikel Berkaitan:

Walaupun hanya sesi raptai, persembahan yang ditonjolkan sangat luar biasa dan pasti ia akan memukau penonton pada 31 Ogos depan.

Nak dijadikan cerita, Soo-hyeon yang berkongsi rakaman video mengenai kehidupan seharian menunjukkan rutin bermula menunggu barang sampai dari pangkalan jeti feri.

No Image Caption

Beliau kemudian memuatkan semua barangan di dalam trak sebelum memulakan operasi penghantaran ke rumah-rumah penduduk.

Barangkali disebabkan jalan tidak rata, berbukit dan sempit, lelaki itu terpaksa mengangkat kesemua barang menggunakan tenaga sendiri.

No Image Caption

Memetik cerita Soo-hyeon, pekerjaan sebenarnya bermula selepas misi penghantaran barang dengan cabaran laluan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

“Hampir semua jalan di sini tak rata dan tak boleh diakses dengan kenderaan. Jadi, saya terpaksa angkat peti sejuk dengan kudrat sendiri,” katanya yang merupakan pekerja Coupang Deliveryman.

No Image Caption

Syarikat penghantaran terbabit menawarkan polisi penghantaran 24 jam untuk penduduk di pulau berkenaan.

Waktu kerja fleksibel

Cerita lelaki itu lagi, waktu kerjanya juga berbeza mengikut permintaan pelanggan dan bergantung kepada faktor cuaca semasa.

“Jika hari baik, kerja saya selesai jam 2 petang tapi kalau banyak penghantaran atau feri lambat sampai, boleh overtime sampai tengah malam.

No Image Caption

“Memang penat dengan beban kerja menggunakan tenaga, tapi bila tengok baki akaun bank, saya jadi bersemangat untuk terus bekerja,” katanya.

Uniknya, pulau terpencil tersebut bergantung sepenuhnya bekalan dari luar termasuklah bahan api dan keperluan rumah pada harga lebih mahal.

No Image Caption

Jadi, mereka bergantung sepenuhnya dengan servis penghantaran Coupang tanpa perlu keluar rumah atau menaiki bot untuk membeli-belah ke tanah besar.

Fuhh! Tak sanggup rasanya nak angkat peti ais atau bertan-tan kotak untuk ke rumah pelanggan dengan jalan sempit dan berbukit.

No Image Caption

Betullah orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kerja apa-apa pun mesti ada cabarannya dan paling penting, kena berbaloi dengan gaji. Betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang