YOUTUBER remaja yang menghidap penyakit progeria atau Benjamin Button pergi buat selama-lamanya.

Pemergian Adalia Rose dari Texas, Amerika Syarikat meninggalkan jutaan pengikutnya di saluran YouTube. Keletah gadis ini pasti akan dirindui.

Baca juga: Pertama di dunia, pakar bedah AS pindahkan jantung khinzir diubah suai genetik kepada pesakit manusia

DISAHKAN KETIKA 3 BULAN

Adalia Rose didiagnosis dengan penyakit progeria Hutchinson-Gilford iaitu keadaan genetik yang juga dikenali sebagai penyakit Benjamin Button ketika berusia tiga bulan.

Penyakit itu sangat jarang terjadi dan hanya berlaku satu dalam 4 juta kelahiran di seluruh dunia.

Ia menyebabkan badan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Kebanyakannya purata hayat penghidapnya tidak melebihi 13 tahun susulan proses penuaan cepat melampau.

Progeria dihidapi 500 orang kanak-kanak di seluruh dunia.

Adalia disamping ibu bapanya.

KEMAHSYURAN

Adalia Rose membina kemasyhuran di media sosial dan mengumpulkan 2.91 juta pelanggan di YouTube dan 379,000 pengikut Instagram.

Awal hari ini, keluarganya memaklumkan Adalia Rose sudah tiada.

“12 Januari 2022, jam 7 malam, Adalia Rose Williams telah dibebaskan dari dunia ini. Dia meninggalkan kita semua secara senyap-senyap, tetapi hidupnya jauh dari itu

“Dia menyentuh hati jutaan orang dan meninggalkan kesan terbesar dalam setiap orang yang mengenalinya. Dia tidak lagi kesakitan dan kini menari dengan semua muzik yang dia suka.

“Saya benar-benar berharap ini bukan realiti tetapi malangnya ia adalah kenyataan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyayangi dan menyokongnya.

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawatnya yang bekerja selama bertahun-tahun memastikan dia sihat. Kami kini meratapi kehilangan besar ini secara peribadi,” tulis keluarganya di laman Instagramnya.

KULIT PERUT BERBEZA

Ibu Adalia, Natalia Pallante, memberitahu New Zealand Herald pada 2018 bahawa doktor menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam beberapa bulan selepas kelahirannya.

Iklan

“Apabila Adalia dilahirkan, ketika dia berusia sebulan, mereka (doktor) tidak berpuas hati dengan tumbesarannya.

“Ia adalah salah satu simptom yang pertama muncul di mana juga kulit pada perutnya tegang dan kelihatan berbeza,” katanya.

Pada usia tiga bulan, Adalia menerima diagnosisnya menghidap progeria dan tidak lama kemudian dia mula kehilangan rambut.

Bahkan uratnya pada tubuh kecil itu jelas kelihatan dan kulit makin menipis.

Terdahulu pada Julai, Iryna Khimich dari Ukraine yang turut menghidap progeria meninggal dunia pada usia 10 tahun.

Iklan

ANEKDOT MENGENAI PROGERIA

–  Progeria tidak seperti mutasi genetik yang lain kerana ia jarang diwarisi dalam keluarga.

– Antara simptom dihadapi penghidapnya ialah sendi yang kaku, keguguran rambut, kulit menipis, muka kecil dan cengkung di samping

– Penyakit kardiovaskular dan pengerasan arteri adalah antara komplikasi dihadapi penghidapnya.

– Tiada ubat untuk merawat progeria tetapi pemantauan kesihatan penghidapnya secara berkala amat penting.

Baca juga: Video tragedi cenuram runtuh timpa bot pelancong tular, 7 maut sekelip mata, berikut kronologi kejadian

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail