JIKA sebut sahaja pasal hutang, kawan rapat pun boleh jadi musuh!

Begitulah, antara masalah yang berlaku apabila berkawan rapat dengan seseorang, dia datang kepada kita untuk memimjam duit.

Kita pula jadi serba salah, jika tak memberi mulalah rasa tak senang duduk.

Namun bila sudah memberi pinjam, kita pula terkenang-kenang bila pula si polan ini nak membayar semula kan.

Korang ingat senang ke nak minta balik hutang dengan kawan sendiri? Lagi-lagi si penghutang diam menghilangkan diri.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini yang terpaksa menggunakan cara yang ‘kasar’ untuk meminta kembali duit yang dipinjam oleh rakannya.

Tular di Indonesia, wanita dikenali Jeanis Dealova telah mencetak surah Yasin dengan meletakkan gambar penghutang di muka hadapan buku itu.

Gambar buku Yasin tersebut kemudia dimuat naik di Facebook berserta kapsyen bagi meminta orang ramai yang mengenali penghutang itu untuk mengembalikan wangnya.

Hutang tak dibayar, gadis ini cetak gambar penghutang pada surah Yasin

Difahamkan wanita itu bertindak demikian akibat sudah terlalu penat dengan helah si penghutang.

Bukan setakat itu sahaja, wanita itu turut mengirimkan buku Yasin berkenaan kepada keluarga si penghutang bagi mendapatkan wangnya.

Iklan

Dipercayai penghutang berkenaan meminjam duit wanita tersebut kerana ingin membayar kos rawatan adiknya.

Namun, bila tiba waktu yang dijanjikan untuk membayar hutang, dia menghilangkan diri.

Baca juga Inovasi tayar memori pintar pertama dunia? Ini rupanya projek NASA yang mengejutkan industri basikal global

Iklan

Paling menyedihkan, Jeanis turut mendakwa penghutang tersebut telah ‘block’ dirinya di semua media sosial.

Agaknya, berjaya atau tidak ya wanita itu mendapatkan semula duitnya? Mungkin kita pun boleh membuat kaedah seperti itu untuk meminta kembali hutang.

Sumber : Kumparan