USIA bukan halangan untuk bergelar ibu, wanita berusia 70 tahun di Uganda nekad hamil pada usia 70 tahun.

Safina Namukwaya selamat melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan di sebuah pusat kesuburan di ibu kota Kampala.

Namukwaya yang disahkan sebagai wanita paling berusia melahirkan di sana berkata kepada media apa yang berlaku adalah keajaiban.

Pihak hospital menyifatkan kejayaan wanita itu hamil dan melahirkan lebih daripada kemajuan teknologi malah lebih kepada kekuatan dan semangat yang kuat.

Pakar Kesuburan Women’s Hospital International and Fertility Centre (WHI&FC), Dr Edward Tamale Sali bertanggungjawab menjalankan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) ke atas Namukwaya mengesahkan wanita itu menggunakan sel telur daripada penderma dan sperma daripada pasangannya.

Biarpun dikandung ibu yang lanjut usia, si kembar lahir dalam keadaan sihat menerusi pembedahan Caesarean pada usia 31 minggu.

Baca juga: 54 tahun berumah tangga, wanita 70 tahun akhirnya timang anak pertama

Kredit foto: WHI&FC

Pihak hospital berkongsi kejayaan prosedur itu di laman sosial Facebook.

“Kami telah mencapai tahap yang luar biasa, melakar sejarah membantu ibu tertua Afrika berusia 70 tahun melahirkan anak kembar!” kongsinya.

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran permata hati, Namukwaya rupanya melalui proses kehamilan yang menyedihkan.

Suaminya dilaporkan meninggalkannya selepas mengetahui janin yang dikandung adalah kembar.

“Lelaki itu tidak suka apabila saya beritahu saya mengandung lebih daripada seorang bayi (kembar). Sejak saya dimasukkan ke sini (pusat perubatan), dia tidak pernah lagi muncul,” katanya.

Rupa-rupanya kelahiran anak kembar ini bukanlah yang pertama buat Namukwaya. Dia terlebih dahulu mengandung dan melahirkan anak sulung perempuan pada tahun 2020.

Segalanya bermula apabila dia dikecam dan diejek tidak mempunyai zuriat sendiri.

Baca juga: Hamil pada lewat usia, ini risiko kesihatan yang perlu ibu dan bayi tanggung

Kredit foto: WHI&FC

“Saya menjaga anak orang lain, melihat mereka membesar dan meninggalkan saya sendirian.

“Saya tertanya-tanya siapa yang akan menjaga saya apabila sudah tua,” katanya.

Wanita biasanya akan mengalami menopaus antara umur 45 dan 55 tahun.

Selepas fasa ini, tahap kesuburan menurun drastik kerana mereka tidak lagi mampu menghasilkan sel telur.

Iklan

Namun dengan kemajuan teknologi perubatan dan kesuburan wanita sudah menopaus juga mampu melahirkan anak daripada rahim mereka sendiri.

Baca juga: Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

Namukwaya yang melahirkan anak kembar pada 29 Nov, bergambar bersama pakar kesuburan, Dr Edward Dr Tamale Sali

IVF adalah salah satu daripada beberapa rawatan kesuburan yang boleh diguna. Sel telur keluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma di makmal.

Telur yang disenyawakan dan membesar dipanggil embrio kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita.

Menurut Persatuan Teknologi Reproduktif (SART), bagi wanita berusia 35 tahun ke bawah kadar kejayaan IVF ialah 55.6 peratus.

Pun begitu, dari sudut pandangan Islam, hukum bayi tabung uji adalah mubah (boleh) dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri kemudiannya persenyawaan berkenaan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita bergelar isteri yang sah.

Iklan

Sebelum ini, wanita Sepanyol, Carmen Bousada disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai wanita paling yang melahirkan anak.

Pada tahun 2006, Bousada ketika itu berusia 66 tahun melahirkkan anak lelaki kembar selepas menerima rawatan IVF. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009.

Sumber: BBC, Elite IVF, Today.com, WHI&FC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang