IBU, seorang insan yang sangat luar biasa, sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Indonesia ini apabila dia bertindak mencampakkan anaknya bagi mengelakkan daripada kemalangan.

Siapa sangka, tindakan tangkasnya mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun itu dari motosikal yang ditungganginya berhasil apabila anak kecil itu dilaporkan selamat.

Namun, wanita tersebut maut bersama suami dalam kemalangan di Jalan Transyogi Cibubur, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia selepas dirempuh lori tangki minyak.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu melibatkan sebuah lori tangki minyak merempuh dua kereta dan 10 motosikal sehingga menyebabkan 10 mangsa terkorban.

Baca juga Sesaat hilang pandangan ibu, anak setahun maut terjerut tali bidai, ini kronologi kejadian tragis

polis

Menurut CNN Indonesia, berikut kronologi kejadian;

1. Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, Kunto, 36, yang melihat mangsa menangis berteriak bersebelahan ibu bapanya.

2. Ketika itu, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan serius dengan kecederaan di bahagian kepala.

Iklan

3. Kata Kunto, dia melihat ramai mangsa di tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.

4. Ujarnya, darah dapat dihentikan daripada terus mengalir selepas bantuan kecemasan diberikan dan mangsa dibawa terus ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

5. Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa, Rendra, 37, berkata, kanak-kanak itu terjatuh sejauh 10 meter selepas dicampak ibunya dari motosikal.

6. Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri maut di tempat kejadian.

Iklan

7. Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan sudah aktif seperti biasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.