TIDAK perlu berbelanja besar semata-mata untuk menghilangkan garis di dahi.

Kini, terdapat cara paling berkesan, mudah dan murah tanpa perlu pembedahan plastik serta suntikan bagi menegangkan kulit di bahagian tersebut.

Tip itu dikongsikan seorang pempengaruh dikenali sebagai Melly (@melaniesandford18) menerusi rakaman video yang ditonton lebih 70,000 pengikut di TikTok.

“Apabila orang bertanya kepada saya rahsia penjagaan kulit khususnya menjadikan dahi saya begitu licin dan 11 garis kedutan hilang.

“Saya memberitahu mereka pita pelekat perubatan, mereka fikir saya gila,” katanya.

Baca juga:Hilangkan kedutan, penghidratan dengan segera, Filorga jenama dari Perancis solusi paling berkesan

Baca juga:Perbaiki 7 kedutan pada wajah hanya dalam masa 7 hari. Ini produk yang wajib dicuba

Menurut Melly, selepas meletakkan pita tersebut di antara keningnya hingga ke dahi untuk semalaman, dapat dilihat kesan positif.

“Selama lima tahun 11 garis ada sekitar kawasan itu telah hilang.

“Memang mengagumkan, tiada lagi garisan dan kulit pun menjadi tegang,” katanya.

Dedah beliau, sebelum meletakkan pita, sapukan minyak or pelembap tetapi perlu memastikan kulit kering supaya ia tidak tertanggal.

“Kurangkan membuat ekspresi muka ketika agar kulit anda kurang berkedut, ” kongsi wanita itu lagi.

Baca juga:Suami okay saya berkedut, tegur bab pakaian. Che Ta enggan buat rawatan kosmetik, lebih pentingkan kesihatan diri

Tambahnya, kebanyakan pita pelekat perubatan berfungsi kecuali jenis kain.

Iklan

“Pastikan ia adalah pita plastik dan bukan pita kain.

“Pita kain itu akan membuatkan kedutan lebih jelas pada hari berikutnya,” ujarnya.

Rata-rata warga maya berterima kasih atas perkongsian tersebut dan ada yang memberikan testimoni mereka selepas mencuba kaedah berkenaan.

“Ia ajaib, memang berkesan!” kata seorang pengikut.

“Terima kasih kerana cara ini berkesan! Saya menghargai anda kerana berkongsi,” kata seorang lagi.

Iklan

Tambah yang lain: “Boleh hilangkan parut juga!”

Sumber: The US Sun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!