Ingatkan ketumbuhan, rupa-rupanya gumpalan rambut dalam perut

A
A
A

RAMBUT merupakan aset yang penting kerana ia mahkota bagi setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita.

Penjagaan yang rapi dan kemas menunjukkan perwatakan individu yang pembersih dan menjaga penampilan.

Namun, lain pula terjadi di New Delhi ini, seorang remaja perempuan mempunyai  tabiat pelik apabila gemar mengunyah dan menelan rambutnya sejak beberapa tahun  lalu.

Sweety Kumari, 17, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di daerah  Bokaro, Jharkhand, India, penghujung bulan lalu.

Dalam pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya membuang tujuh kilogram (kg) rambut dari dalam perutnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pesanan The Rock buat warganet setelah satu keluarga disahkan positif Covid-19

Menurut laporan Daily Star, doktor yang mengetuai pembedahan GN Sahu berkata,  ia adalah kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu sepanjang bertugas  selama 40 tahun.

Pada awalnya, doktor mengesyaki remaja itu menghidapi ketumbuhan berdasarkan pemeriksaan pertama menggunakan kaedah ultrabunyi.

Doktor kemudian berasa curiga selepas mendapat tahu remaja terbabit mempunyai tabiat aneh iaitu gemar menelan rambut.

Hanya selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada gumpalan rambut di dalam perut Kumari.

Dalam pada itu, media melaporkan keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Rapunzel adalah antara masalah kesihatan yang amat jarang di dunia.

Menurut Jurnal Perubatan Britain, terdapat kira-kira 90 kes seumpama itu di seluruh dunia pada 2018.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang