Ini 10 negara terkecil yang mungkin ramai tak sangka pernah wujud. Salah satunya ada 7 penduduk saja!
BERDASARKAN rekod, terdapat lebih 200 negara direkodkan sudah wujud bertahun-tahun lamanya di muka bumi.
Ada sesetengahnya sangat familiar pada kita, namun terdapat ada negara yang langsung kita tidak tahu.
Ini ekoran, sesetengah saiz terlalu mikro dan pastinya komposisi penduduk terlalu rendah.
Lapor Bright Side, kajian menunjukkan terdapat populasi terkecil yang bertaraf negara meskipun ia sebesar kampung.
Jangan tak percaya, bandar bersaiz sederhana di kawasan kepulauan telah diiktiraf dan ada juga sebaliknya sebagai sebuah negara meskipun bilangan penduduk boleh dikira dengan jari.
Berikut nama negara yang perlu kita ketahui bersama:
1. The Principality of Sealand
Populasi: 27 penduduk
Keluasan: 0.004 kilometer persegi
- Dikatakan antara negera yang tidak diiktiraf kerana merupakan pelantar laut yang terletak kira-kira 6 batu dari perairan Great Britain.
- Ia ditadbir oleh individu yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku raja dan sesiapa yang tinggal di sana boleh menjadi bangsawan dengan pelbagai pangkat.
- Pembelian gelaran tersebut boleh dibuat secara online. Memang pelik!
2. Sovereign Military Order of Malta
Populasi: 0.012 kilometer persegi
Keluasan: 113,500 penduduk
- Selain daripada negara Vatican City, terdapat satu lagi wilayah kecil yang dipanggil negara di bawah pemerintahan berdaulat Malta.
- Uniknya, negara itu memiliki sistem mata wang, setem, laman web, nombor kereta dan pasport sendiri.
3. The Republic of Molossia
Populasi: 0.055 kilometer persegi
Keluasan: 7 orang
- Rasanya fakta ini paling lucu kerana Republik Molossia diisytiharkan sendiri oleh seorang lelaki, Kevin Baugh.
- Penduduknya pula terdiri daripada famili individu berkenaan, tiga ekor anjing, seekor kucing dan seekor arnab.
- Meskipun sekecil itu, namun mereka mempunyai lagu kebangsaan, lambang dan bendera negara sendiri.
4. The Principality of Seborga
Populasi: 312 penduduk
Keluasan: 4.91 kilometer persegi
- Wilayah ini ditadbir oleh ahli perniagaan, Marcello Menegatto.
- Ia sebuah kampung yang terletak berhampiran sempadan Perancis.
- Meskipun bersaiz mikro, namun negara itu memiliki sistem ketenteraan yang terdiri daripada seorang menteri pertahanan dan dua pengawal sempadan.
Baca juga 7 negara amalkan peraturan pelik, poin nombor 3 memang tak masuk akal
5. Nauru
Populasi: 9,591 penduduk
Keluasan: 21 kilometer persegi
- Merupakan negara republik bebas terkecil yang terletak di pulau terpencil.
- Negara itu terkenal kerana memiliki bilangan penduduk obesiti paling ramai iaitu lebih 70 peratus.
6. Tuvalu
Populasi: 10,959 penduduk
Keluasan: 26 kilometer persegi
- Antara negara terkecil dan termiskin di dunia.
- Perkembangan ekonomi sangat daif sehinggakan tiada kemudahan internet dan televisyen.
7. The Principality of Hutt River
Populasi: 30 penduduk
Keluasan: 75 kilometer persegi
- Asalnya, ia merupakan ladang yang terletak di Australia dan dimiliki oleh Leonard Casley.
- Meskipun tidak diiktiraf, negara comel itu mempunyai sistem wang, setem dan passport sendiri.
8. Saint Kitts and Nevis
Populasi: 52,329 penduduk
Keluasan: 261 kilometer persegi
- Negara ini terdiri daripada dua pulau iaitu Saint Kitts dan Nevis.
- Mudah saja kalau kalian mahu menjadi warganegara, hanya dengan membeli hartanah di sana yang bernilai RM1.86 juta.
- Cara paling mudah, melabur sekurang-kurangnya RM1.18 juta dalam industri gula tempatan yang menjadi pemangkin ekonomi negara itu.
9. Niue
Populasi: 1,190 penduduk
Keluasan: 261.46 kilometer persegi
- Sebuah pulau kecil yang terletak di Oceania dan bergantung hidup dengan bantuan yang disalurkan dari New Zealand.
- Meskipun mempunyai pemandangan pulau yang cantik, lapangan terbang dan pasar raya sendiri, namun ia masih gagal menarik pelancong asing.
10. Pulau Palau
Populasi: 21,347 penduduk
Keluasan: 459 kilometer persegi
- Sebuah negara yang terdiri daripada lebih 300 pulau dengan saiz berbeza.
- Menariknya, tempat tersebut memiliki keindahan hutan dengan tumbuh-tumbuhan dan habitat burung unik, selain mempunyai lebih 130 spesies jerung terancam.
Pelik tapi benar. Semua negara yang disenaraikan di atas memang benda nyata.
Meskipun terdapat negara yang tak diiktiraf mana-mana organisasi dunia, namun mereka mampu hidup dengan sistem sendiri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang