Jijik! Wanita menemui gigi manusia dalam hidangan fish and chips

A
A
A

ZAMAN sekarang ramai antara kita memilih untuk membeli makanan di luar berbanding memasak sendiri

mungkin kerana kekangan masa atau telah penat seharian bekerja.

Selain itu, terdapat banyak gerai dan restoran di setiap tempat serta ada yang beroperasi sehingga

24 jam turut menjadi faktor utama orang ramai memilih untuk membeli.

Namun, sama ada memasak sendiri atau hanya membeli, keduanya ada kebaikan serta keburukan.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita di Singapura ini yang melalui detik ngeri apabila

menjumpai gigi manusia dalam hidangan fish and chips yang dibelinya di sebuah restoran makanan

segera.

Wanita yang enggan dikenali namanya itu berkata, perkara tersebut membuatkan dirinya mual dan jijik ketika mengeluarkan gigi tersebut daripada mulutnya.

Menurut laporan Daily Star, wanita tersebut bersama rakannya memesan hidangan fish and chips di

sebuah restoran terkenal.

Setelah menerima makanan itu, dia mula memakan beberapa keping kentang goreng. Kemudian dia

meneruskan dengan memakan kepingan ikan goreng yang disaluti tepung.

Ketika dia memakan ikan itu, giginya tiba-tiba mengunyah sesuatu yang keras.

Dia kemudian meludahkan objek keras dan rakannya menunjukkan bahawa ia kelihatan seperti gigi

manusia yang telah berubah menjadi kuning.

Fish and Chips

Wanita itu membeli makanan di Hougang Avenue 5 dan berkongsi gambar di Facebook pada 6 Julai 2021.

Namun kini dia telah memadam perkongsiannya setelah mendapat pampasan dan permohonan maaf dari

restoran tersebut.

Sebelum memadam perkongsian itu, wanita malang itu mengatakan bahawa dia menyedari sesuatu yang

ganjil pada gigitan makanannya yang kedua.

Dia kemudian mengembalikan makanan itu dan ditawari makanan lain sebagai ganti namun dia berkeras

meminta pengembalian wang.

Wanita itu mengatakan kakitangan di situ terkejut dengan penemuan itu namun akur mengembalikan wang

tersebut.

Sementara itu, pemilik restoran tersebut telah menghubungi wanita itu meminta maaf dan mengatakan

dia akan melakukan siasatan dalaman terhadap kejadian tersebut.

Baca juga Terpaksa guna jentera pengorek gali kubur, Indonesia catat lebih 9,000 kematian sehari

Dia mengatakan gigi itu bukan milik dua stafnya yang bertugas ketika itu. Dia juga sedang menyiasat

dengan pembekal makanan untuk mencuba mengetahui lebih banyak maklumat.

Pemilik restoran itu juga tidak menolak kemungkinan berlaku tindakan orang yang tidak

bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, pihak restoran sedang mempertimbangkan untuk menghantar gigi tersebut untuk

ujian DNA bagi mengetahui siapa miliknya.

Jadi, hati-hati ya korang jika membeli makanan di luar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang