KETIKA vaksinasi Covid-19 semakin meningkat, beberapa tempat di seluruh dunia telah melonggarkan sekatan akibat awabak itu. Malah ada yang telah membuka semula sempadan untuk pelancong yang diimunisasi.

Di Singapura, pihak berkuasa sedang menyusun rancangan untuk membuka kembali sempadan apabila kadar vaksinasi mencapai tahap yang lebih tinggi.

Walaupun langkah-langkah keselamatan pandemik diturunkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan tentang penyebaran varian Delta yang sangat mudah berjangkit dan mendesak pemberian vaksin segera dan terus memakai pelitup muka.

Berikut adalah beberapa negara yang telah dibuka semula:

1. Sekatan dibuka selepas vaksinasi
Iceland antara negara terawal yang membuka sekatan Covid-19 bagi penduduk tempatan setelah sebahagian besar penduduk mereka divaksin. Negara itu membatalkan semua sekatan akibat wabak itu pada 26 Jun dan telah menvaksinasi sekitar 60 peratus orang yang layak mendapat suntikan.

2. England dan Jerman akan dibuka
Walaupun terdapat peningkatan kes, England akan membuka sekatan Covid-19 mulai 19 Julai dan orang ramai tidak perlu lagi memakai topeng atau menjaga jarak sosial di dalam rumah.

Menurut laporan AFP, lebih 86 peratus orang dewasa di UK telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dan 64 peratus daripada rakyat UK sudah mendapat vaksin sepenuhnya.

Baca juga: Olimpik Tokyo tanpa penyokong, Jepun isytihar darurat kerana Covid-19

Jerman juga mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua sekatan sosial dan ekonomi berkaitan Covid-19 selewat-lewatnya bulan depan, setelah semua warganya mendapat vaksin.

Hal ini kerana, kira-kira 56.5 peratus rakyat negara itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala hampir 39 peratus telah diberi vaksin sepenuhnya.

3. Keutamaan untuk orang yang telah divaksinasi
Di beberapa negara yang telah dibuka, individu yang telah menerima vaksin lebih bebas bergerak. INi berlaku di Abu Dhabi, UAE, New York dan California.

Individu yang belum menerima suntikan vaksin harus memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

4. Varian Delta
Walaupun banyak tempat telah dibuka semula atau masih dalam perancangan untuk dibuka, varian baru coronavirus varian ini amat membimbangkan.

Iklan

WHO telah memberi amaran bahawa varian Delta yang pertama kali dikesan di India adalah varian yang paling mudah dijangkiti sehingga kini.

Britain yang kini sedang memerangi jangkitan disebabkan oleh varian Delta yang mendorong tindakan negara-negara Eropah seperti Portugal, Sepanyol dan Malta untuk memperketat syarat kemasukan pengunjung dari UK.

5. Datang jika sudah divaksin

Pada 1 Julai, Phuket telah membuka sempadannya untuk pelancong yang sudah divaksin. Ini kerana, lebih dari 80 peratus penduduk pulau itu telah divaksinasi dengan sekurang-kurangnya satu dos dan sekitar 65 peratus telah divaksinasi sepenuhnya pada 30 Jun.
Bagaimanapun, pelancong yang mengunjugi Phuket harus kekal di sana selama dua minggu jika mereka ingin melakukan perjalanan ke seluruh Thailand dan wajib mengambil tiga ujian koronavirus dalam tempoh itu.

Iklan

Baca juga: 8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut, arnab jelmaan syaitan

Banyak negara Eropah meringankan sekatan perjalanan terutamanya bagi individu yang telah divaksinasi dan mereka yang datang dari negara-negara dengan kadar jangkitan rendah.

Semoga Malaysia juga dapat menangani pendemik ini dan kita dapat menikmati kehidupan seperti sedia kala. Demi mencapainya, bersamalah kita menjaga diri dan sentiasa berhati-hati supaya rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan.