8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut, arnab jelmaan syaitan

A
A
A

 

TAHUKAH korang, Turki juga mempunyai pantang larang tersendiri dalam aktiviti harian. Boleh dikatakan terdapat bermacam-macam mitos menjadi kepercayaan masyarakat tempatan sehingga hari ini.

Selain dilarang berjalan di bawah tangga atau elak terserempak dengan kucing hitam yang dikatakan membawa sial, rupa-rupanya ketika belayar atau bercuti di atas kapal persiaran pun ada 'peraturan' harus diikut.

Di sini, SinarPlus kongsikan 8 mitos kepercayaan masyarakat Turki melibatkan kapal.

8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut arnab jelmaan syaitan

1. Langkah kaki kanan

Berdasarkan mitos penumpang yang melangkah dengan kaki kanan akan membawa tuah berbanding kaki kiri dikatakan mendatangkan bencana pada aktiviti pelayaran nanti.

2. Bersiul panggil ribut

Semasa belayar anak kapal atau penumpang tidak dibenarkan bersiul kerana mitos lama mengatakan tindakan itu menyebabkan berlakunya puting beliung ataupun ribut.

Bahkan, kepercayaan juga mengatakan melemparkan batu ke laut dianggap tidak hormat sehingga ombak 'marah' bertindak balas dan menyebabkan bengkak dalam laut.

Baca juga: Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut arnab jelmaan syaitan

3. Tuah kucing

Pelancong yang membawa kucing peliharaan bersama semasa bercuti di atas kapal persiaran dianggap bawa tuah.

4. Burung laut jelmaan pelaut

Mitos ada mengatakan burung camar atau burung laut adalah jelmaan pelaut yang mati di tengah lautan.

Apabila mayat pelaut tidak ditanam dan disemadikan di dalam kubur, maka mereka dikatakan berubah menjadi burung camar.

Burung camar akan terbang bersama kapal yang belayar dan memberi amaran jika berlaku ribut menerusi suaranya.

5. Jerung petanda buruk, ikan lumba-lumba tuah

8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut arnab jelmaan syaitan

Ikan lumba-lumba yang mengiringi kapal sedang belayar dianggap petanda baik berbanding ikan jerung simbolik kematian.

6. Jangan sebut arnab

Jangan sesekali menyebut apa juga perkataan yang merujuk pada arnab ketika berada di atas kapal. Mitos mempercayai syaitan selalu menyamar sebagai arnab.

Baca juga: Buah ceri bentuk hati dijual RM1,195 sebiji, rasa masam manis

7. Letak duit syiling di tiang

Satu tradisi lama mengatakan tindakan meletakkan duit syiling di bawah tiang akan membawa kejayaan.

Sejak daripada zaman Rom upacara ketika proses membina kapal duit syiling akan diletakkan sama ada di bawah blok keel atau dikimpal di bawah tiang untuk mendapatkan nasib baik.

8. Jangan bawa bunga

Salah satu perkara harus dielakkan ketika belayar jangan sesekali membawa bunga kerana ia dianggap sebagai kubur dan nasib buruk.

Ia berikutan kepercayaan lama mendapati bunga lazimnya digunakan untuk upacara pengebumian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang