Jururawat muda juara pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia. Wajah mulus, tiada cacat cela

A
A
A

PERNAH dengar pertandingan ratu cantik tanpa solekan? Macam tak logik.

Namun, ia memang wujud di dunia ini. Jika tidak, Natasha Beresford tidak diangkat menjadi Miss London 2023 baru-baru ini.

Miss London adalah merujuk kepada format yang dinyatakan tadi.

Memiliki kulit wajah tanpa cela sememangnya telah memberi kelebihan buat Beresford.

Baca lagi 'Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.' Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

miss london

Beliau berjaya menumpaskan 18 peserta yang lain.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan anak kelahiran Sheffield, United Kingdom (UK) itu layak bersaing pada peringkat akhir Miss England yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Menurut laporan yang dipetik daripada CNN Indonesia, Beresford dilihat cukup berkeyakinan dengan berjalan di pentas peragaan.

Wanita tersebut hanya tampil dengan senyuman manis tanpa mengoles sebarang mekap dalam acara tersebut yang sememangnya satu keperluan dalam pertandingan Miss England kelak.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Miss london

“Saya teruja apabila terpilih sebagai Miss London. Semua gadis yang bertanding sangat cantik dan benar-benar memberi inspirasi. Ini merupakan satu penghormatan buat diri saya,” ujarnya yang juga seorang jururawat.

Beresford juga kelihatan menawan memakai busana berenda putih daripada jenama Shikoba Bride yang banyak menghasilkan gaun pengantin mesra alam di UK.

Beliau pada masa sama berharap gelaran tersebut dapat memberi inspirasi kepada gadis muda lain untuk sentiasa yakin dan cantik biarpun tanpa secalit mekap.

PARI-PARI GIGI

Oleh kerana sentiasa memberi komitmen sepenuh hati dan ikhlas melaksanakan tugas sebagai jururawat pergigian terutama terhadap kanak-kanak yang datang ke klinik, gadis manis itu digelar sebagai 'pari-pari gigi'.

miss london

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Berdasarkan profil kerjayanya, Beresford bertugas di Hospital Pergigian Diraja London pada tahun 2021.

Selepas menetap di London, jelitawan itu berkhidmat di klinik pergigian swasta di kawasan kejiranan mewah di ibu negara, Chiswick.

“Pada masa hadapan saya ingin menjalani latihan lebih lanjut dalam bidang radiografi pergigian dan pendidikan kesihatan pergigian,” katanya memberitahu media.

Impiannya juga tinggi melangit. Ujar Beresford, dirinya juga mahu menjadi sukarelawan membantu menyediakan penjagaan kesihatan pergigian dan mulut untuk gelandangan, mangsa keganasan, keluarga miskin, pelarian, pesakit kanser, dan orang yang pulih daripada ketagihan.

Baca lagi 'Diri masa lalu sangat bertuah. Rindu donat & kopi.’ Ji-soo mahu berat badan kekal 44kg, akui sukar diet!

Baca ni Dulu bintang Bollywood, kini Twinkle Khanna jadi penulis buku. Sambung pengajian pada usia 48 tahun, memang inspirasi!

miss london

SYARAT

Mesti ramai tertanya-tanya apa lagi syarat bagi pertandingan ratu cantik seumpama itu, kan?

CNN Indonesia melaporkan, setiap peserta diminta menyerahkan gambar tanpa sebarang kesan penambahan, solekan atau suntingan.

Malah, pihak penganjur kali ini turut mengenakan peraturan yang lebih ketat dengan melarang peserta memakai pengilat bibir.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

miss london

 

Konsep tersebut bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mempromosikan tubuh yang lebih realistik memandangkan fokus pertandingan ratu cantik tersebut adalah untuk penampilan semula jadi.

Admin setuju bertanding macam ini. Tak perlu nak pakai mekap tebal-tebal. Barulah betul  cantik semula jadi. Setuju tak?

Sumber gmbar: Instagram natashaberesford

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang