SEORANG juruterbang menggemparkan dunia apabila didapati selamat selepas pesawatnya terhempas di Hutan Amazon, Brazil.

Berdasarkan rekod, hutan berkenaan dipenuhi dengan binatang-binatang buas seperti buaya dan ular anaconda.

Menurut mirror.uk, lelaki yang dikenali sebagai Antonio Sena, 36, mampu bertahan selama 36 hari sebelum beliau dijumpai oleh pasukan penyelamat.

Difahamkan, beliau dapat menyelamatkan diri dalam tempoh masa itu hanya dengan memakan telur burung dah buah-buahan liar, sebelum kembali ke pangkuan keluarganya pada 8 Mac lalu.

Sena yang mengendalikan pesawat itu secara berseorangan juga memberitahu media, beliau sempat mengambil roti sebagai stok makanannya untuk beberapa hari.

Mengimbau semula kejadian, Sena dilaporkan hilang pada 28 Januari lalu selepas berlepas dari Alenquer, Para State, di wilayah utara Sungai Amazon menuju bandar Almeirim.

Bagaimanapun, semasa menerbangkan pesawat itu, enjin kapal terbang itu telah mengalami kerosakan dan memerlukan pendaratan cemas serta-merta.

Kemudian, lelaki itu bernasib baik terserempak dengan sekumpulan penuai kacang yang membantunya menyalakan unggun api bagi memudahkan pasukan penyelamat mencarinya.

Ketika itu, beliau sudah mengalami dehidrasi yang sangat teruk dan berada dalam keadaan yang lemah serta badannya juga banyak melecet.

Pencariannya memakan masa lebih kurang lima minggu.

Iklan

Pertemuan menyentuh hati antara Sena dan keluarganya telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen di Brazil.

“Satu-satunya perkara yang membuat saya kuat dan membolehkan saya keluar dari situasi itu secara hidup adalah cinta yang saya miliki untuk keluarga saya, keinginan saya untuk melihat ibu bapa saya dan abang dan kakak saya lagi,” katanya.

Baca juga Cedera di kepala akibat dirampas mahkota, ratu cantik didakwa tak layak menang

Ujarnya, kejadian ngeri dalam hidupnya itu berlaku dua hari sebelum ulang tahunnya yang ke-36.

Iklan

“Saya sebenarnya hampir lemas, namun saya tetap cuba menyeberangi sungai semaa-mata mahu berjumpa dengan kumpulan penuai kacangan supaya dapat membantu saya memberi sedikit makanan.

“Kepada Maria Jorge dan semua penuai, terima kasih banyak atas segala jasa baik, saya sayang kamu sepenuh hati,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Antonio Sena (@antoniopilot.br)

Fuh! Pengalaman yang direntas oleh Sena memang sangat menakutkan dan boleh mendatangkan trauma yang teruk. Semoga beliau terus sihat dan dapat melupakan momen-momen yang buruk itu.

Foto: mirror.uk