SETELAH beberapa minit melalui detik dinobat sebagai ratu cantik, seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kecederaan di kepala.

Begitulah yang terjadi kepada ratu cantik Mrs Sri Lanka 2021, Pushpika De Silva baru-baru ini.

Dia cedera di bahagian kepala apabila mahkota kemenangannya dirampas dalam kejadian yang disiar secara langsung di televisyen di Colombo.

Kejadian memalukan itu terjadi apabila Mrs Sri Lanka 2019, Coroline Jurie dengan tiba-tiba meluru naik ke pentas dan merampas mahkota yang sedang dipakai De Silva lalu diberi kepada naib juara.

Menurut Global News, Jurie bertindak sedemikian kerana mengatakan De Silva telah bercerai dan dia tidak layak untuk memenangi pertandingan tersebut.

Memandangkan syarat pertandingan mewajibkan pesertanya yang masih berkahwin, justeru Jurie mengambil semula mahkota di kepala De Silva untuk dianugerahkan kepada naib juara.

Cedera di kepala akibat dirampas mahkota, ratu cantik didakwa tak layak menang

Namun, De Silva telah menafikan yang dirinya telah bercerai cumanya dia hanya tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.

“Semasa saya menulis ini, saya bertanggungjawab mengatakan bahawa saya bukan wanita yang bercerai. Sekiranya saya bercerai, saya mencabar mereka untuk menyerahkan surat cerai saya,” tulisnya dalam satu kenyataan yang diterjemahkan dari Sinhala.

Katanya juga, “Ratu sejati bukanlah wanita yang merebut mahkota wanita lain, tetapi wanita yang secara diam-diam menetapkan mahkota wanita lain.”

Baca juga Sayunya tidak mampu beli belon, adik beradik ini buat sesuatu demi hari jadi ayah

Iklan

Selain dimalukan, dalam sebuah muat naik di Facebooknya, wanita itu juga mendakwa dirinya mengalami kecederaan di kepala semasa mahkotanya ditarik dengan kasar di atas pentas.

Namun, pihak penganjur telah menobatkan semula dirinya sebagai Mrs Sri Lanka.

Iklan

Menurut ketua Mrs Sri Lanka World, Chandimal Jayasinghe, dia merasa sangat kecewa dan malu apabila Jurie bersikap seperti itu semasa berada di atas pentas.

Pihak organisasi Mrs World telah jalankan siasatan mengenai masalah yang terjadi.

Sumber : Global News & the quint