RAMAI orang mengimpikan untuk menjadi jutawan. Masakan tidak, manusia memang secara fitrahnya sukakan kebendaan dan kemewahan. Namun lain pula lelaki dari United Kingdom ini, biarpun dilingkari kesenangan lebih seronok hidup miskin.

Bergelar jutawan pada usia 29 tahun, pemuda bernama Benjamin Burns dikatakan hanya menggunakan wang tunainya untuk WiFi berkelajuan tinggi, Diet Coke, keahlian gim mewah dan koleksi hobinya.

Namun Burns menenerusi Instagram berkata beliau lebih gembira sekiranya hartanya kurang daripada itu. Pemuda yang meraih satu juta pertamanya ketika pada usia 25 tahun dan mengakui tidak kagum dengan apa yang diperolehi.

Jutawan self-made itu berkata, wang adalah sekadar konsep rekaan dan menjadi kaya tidaklah sehebat yang disangka.

Baca juga: Kos RM570 juta, majlis praperkahwinan 3 hari anak bilionair terkaya Asia jadi perhatian dunia

Baca juga: Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

“Semua jutawan tahu wang adalah konsep yang dibuat-buat. Menjadi kaya tidaklah seperti yang anda fikirkan. Saya mempunyai banyak wang tetapi menghabiskan 99 peratus masa saya di hadapan komputer riba,”

“Saya mempunyai kehidupan sosial yang baik tetapi pekerjaan ini memberi kesan dan banyak tekanan. Ternyata menjadi miskin sebenarnya lebih menyeronokkan daripada menjadi kaya kerana anda lebih menghargai pengalaman,” kongsinya kepada portal Mirror UK.

Ben yang menceburi perdagangan mata wang kripto ketika di sekolah menengah namun gagal. Selepas melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil jurusan komputer, Burns mendapat pekerjaan di sebuah agensi perdagangan berkenaan dan meminta untuk dibayar dalam bentuk Bitcoin. Sejak itulah anak muda itu mula menambah pendapatanya.

Baca juga: Yakin anak boleh berdikari, jutawan agih $20 juta kepada badan kebajikan

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Pemuda itu juga mengakui membelanjakan wang hanya untuk perkara-perkara berkaitan pekerjaannya. Malah untuk menjamin kesihatan, lelaki bujang itu berbelanja besar untuk suplemen.

“Saya bangun pada waktu tengah hari setiap hari dan biasanya tidur sekitar jam 5 pagi keesokan harinya walaupun pada hujung minggu.

“Saya mengambil kira-kira 30 jenis vitamin dan suplemen sehari yang menelan belanja saya sekitar $1,000 (RM5999.00) sebulan,” katanya.

Malah beliau melabur untuk kesihatan dengan mendapatkan keahlian gimnasium mewah dan hobinya yang didakwanya cara untuk menangani stres bekerja.

Iklan

“Saya pergi ke gimnasium mewah setiap hari. Ia sangat penting untuk meminimumkan tekanan dan saya perlu membayar kos $300 (RM1799) sebulan.

“Dan saya juga mempunyai koleksi senjata api yang saya simpan di rumah ibu bapa saya di Carolina Selatan yang bernilai £40,00 (kira-kira RM239,000),” katanya.

Di sebalik kekayaan yang dimiliki, Ben berkata wang yang diraihnya tidak banyak digunakan dalam kehidupan seharian.

Beliau percaya setiap orang harus mengemudi laluan mereka sendiri dalam kehidupan mengelakkan standard bekerja dari pukul 9 pagi hingga lima petang. Ujar Burns lagi, beliau berpendapat setiap orang harus mula berfikir untuk bermula bekerja keras untuk diri dan keluarga dan berhenti bekerja keras menjadikan orang lain kaya.

Baca juga: Jutawan wanita kemudi Persatuan Bola Sepak Thailand, 10 fakta Madam Pang

Iklan

Baca juga: Naomi Osaka atlet wanita terkaya miliki RM230 juta usia 25 tahun, 10 fakta menarik mengenainya

Sumber: Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!