PADA usia semuda 25 tahun Naomi Osaka sudah memiliki harta bernilai AS$51 bersamaan RM230 juta! Fakta menakjubkan majalah perniagaan, Forbes mendedahkan Naomi menerima bayaran paling mahal sekali gus menjadikan beliau atlet wanita paling kaya dan di dunia.

Nama Naomi Osaka yang merupakan jaguh tenis kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang tidak perlu diperkenalkan. Wanita berdarah kacukan Haiti, Amerika Syarikat dan Jepun telah memenangi Grand Slam empat kali.

Anak kepada pasangan Tamaki Osaka dan Leonard Francois itu tidak hanya tangkas di gelanggang, malah pandai mengendalikan kewangannya.

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Menerusi laporan Cosmopolitan, Naomi tidak hanya menjana wang daripada kejohanan tenis yang dimenangi, beliau pandai menggandakan pendapatan menerusi pelaburan hartanah, perniagaan, produk penjagaan kulitnya dan endorsement.

Naomi salah seorang atlet yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi dan ia menjadikannya kaya-raya. Mari kita ‘siasat’ punca kekayaan wanita ini. Berikut 10 fakta menginspirasikan mengenainya:

1-Bermain secara profesional sejak 2013, Naomi mula terkenal dalam dunia tenis pada 2018 selepas memenangi Grand Slam pertamanya di Terbuka AS selepas menewaskan Serena Williams. Sejak itu, Naomi telah membawa pulang tiga lagi gelaran Grand Slam, Terbuka AS dan dua kali di Terbuka Australia. Kemenangan itu juga membawa pendapatan yang lumayan. Sehingga 2022, Naomi dilaporkan telah membawa pulang lebih daripada AS$21 juta menerusi tenis.

2-Pada September 2021, Naomi melancarkan koleksi penjagaan kulit KINLÒ . Apabila tidak sibuk digelanggang tenis, Naomi mempromosikan jenama kecantikannya itu yang direka khusus untuk orang yang mempunyai kulit sawo matang.

3-Sebahagian besar pendapatan Naomi datang daripada sokongan dan jurucakap kepada produk (endorsement) daripada syarikat-syarikat ternama.

4-Pada Mei 2022, Forbes melaporkan bahawa Naomi telah memperoleh AS$58 juta (sebelum cukai dan yuran ejen) daripada endorsement untuk tempoh 12 bulan yang lalu sahaja!

Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion

5-Tawaran penajaan terbesar Naomi ialah daripada Nike dan Yonex yang telah membekalkannya dengan raket sejak 2008.

6-Dia juga amat sinonim dengan label-label terkenal seperti Beats Electronics, Mastercard, Panasonic, PlayStation, Levi’s, Airbnb, Sweetgreen, Nissan, Shiseido, Tag Heuer dan Louis Vuitton. Tidak hairanlah dengan cara ini Osaka menjana pendapatan hampir AS$60 juta setahun!

7-Pada tahun 2022, Naomi meninggalkan syarikat pengurusan IMG yang telah bersamanya sejak 2016 untuk menubuhkan agensi pengurusan sukan sendiri, Evolve bersama ejennya Stuart Duguid. Kedua-duanya telah menandatangani perjanjian dengan pelanggan pertama mereka iaitu bintang tenis Australia Nick Kyrgios. Pada tahun sebelum itu, Naomi menjadi pemilik bersama North Carolina Courage dalam Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan Amerika Syarikat.

8-Naomi turut aktif dalam pelaburan hartanah. Pada 2019, beliau membeli kediaman Nick Jonas di Beverly Hills dengan harga AS$6.9 juta. Dua tahun selepas itu beliau berjaya mendapatkan rumah agam Nick dan Vanessa Lachey di Los Angeles dengan harga AS$6.3 juta.

9-Menurut Celebrity Nett Worth, nilai bersih Naomi pada tahun 2022 adalah dianggarkan AS$45 juta.

10-Tidak hanya menikmati kekayaan sendirian, atlet muda ini juga berkongsi rezeki. Naomi juga suka menyumbang dan dia menghabiskan masa bekerja dengan banyak badan amal, termasuk Play Academy, UNICEF. Tidak lupa asal-usul, Naomi menubuhkan yayasannya sendiri iaitu Yayasan Osaka yang menawarkan pendidikan berkaitan sukan tenis kepada kanak-kanak di Haiti.

Iklan

Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai

Daripada sebuah keluarga biasa di Long Island, anak bongsu daripada dua adik beradik ini keluar daripada kepompong dan meraih kekayaan. Semuanya berkat kesabaran ibu bapanya yang tidak henti-henti memberikan galakan untuk aktif dalam sukan tenis.

Malah bapanya, Francois yang juga bekas pemain tenis menjadikan Venus dan Serena sebagai idola dalam membesarkan anak mereka menjadi bintang.

Tidak dilahirkan dengan keluarga yang kaya-raya, dedikasi pasangan itu hingga sanggup melepaskan kerjaya masing-masing untuk berpindah ke Florida supaya Naomi mendapat peluang latihan yang lebih baik akhirnya membuahkan hasil yang manis.

Kisah Naomi ini sungguh memberikan inspirasi. Justeru wanita teruskanlah mendaki tangga kejayaan hingga puncak.

Iklan

Kejayaannya pada tangga teratas atlet paling mahal membuktikan kemampuan wanita. Anda juga boleh, wanita boleh!

Selain Naomi, SinarPlus ingin berkongsi senarai sembilan atlet yang menerima bayaran tertinggi pada tahun 2022.

2. Serena Williams, tenis, AS$41 juta
3. Eileen Gu, ski, AS$20 juta
4. Emma Raducanu, tenis, AS$18.7 juta
5. Iga Świątek, tenis, AS$14.9 juta
6. Venus Williams, tenis, AS$18 juta
7. Coco Gauff, tenis, AS$11.1 juta
8. Simone Biles, gimnastik, AS$10 juta
9. Jessica Pegula, tenis, AS$7.6 juta
10.Minjee Lee, golf, AS$7.3 juta

Baca juga: Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Sumber: Forbes, Cosmopolitan 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi