Kahwin usia 15 tahun, dipenjara 19 tahun, digantung 29 tahun, kisah pilu Samira Sabzian undang air mata seluruh dunia

A
A
A

DI SEBALIK nama wanita Iran, Samira Sabzian, 29, ada kisah yang memilukan. menjadi 'pengantin kanak-kanak' pada usia 15 tahun, hari ini namanya menjadi sebutan serata dunia selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Pagi ini, hukuman mati terhadap Samira Sabzian, seorang pengantin perempuan yang disabitkan dengan 'membunuh secara sengaja' suaminya, telah dilaksanakan," lapor sebuah organisasi hak asasi manusia Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway pada 20 Disember.

Kisah tragis bermula apabila Samira berkahwin ketika berumur 15 tahun dengan lelaki pilihan keluarga. Malah perkahwinannya pada 2009 itu juga dipercayai diatur oleh orang tuanya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Sama seperti wanita lain, Samira berharap mahligai yang dibina bahagia dan kekal hingga ke syurga.

Namun harapan Samira tersasar apabila sang suami yang diharap menjaga dan melindungi rupanya seorang pendera.

Gambar hiasan (Kredit foto: Unsplash)

Suaminya juga seorang kaki pukul menjadikan kehidupan wanita itu suram dan tidak bahagia. Penderitaannya berlarutan selama beberapa tahun.

Beliau sempat melahirkan dua zuriat, namun disebabkan tidak tahan lagi menjadi mangsa keganasan, Samira bertindak menamatkan riwayat suaminya pada empat tahun kemudian. Ketika itu, anak bongsunya baharu mencecah usia enam bulan!

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Baca juga: Kejam! Ibu, anak 2 tahun disiram air panas gara-gara tolak ajakan rujuk bekas suami

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Tahun 2013 menjadi titik hitam dalam hidupnya. Ketika usia semuda 19 tahun, Samira ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan.

Bermula dari detik itu, beliau tidak lagi berpeluang menatap wajah dua orang anaknya.

IHR memetik sumber sebagai berkata, Samira pada mulanya enggan bertemu anak-anaknya di penjara dengan harapan mendapat pengampunan daripada ibu bapa suaminya.

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Baca juga: Dek kalah game, pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran

Gambar hiasan (Kredit foto: Unsplash)

Malah, hak penjagaan anak-anak itu juga diberikan kepada saudara-mara sebelah suaminya.

Sebagai info, di bawah undang-undang Iran, wanita tidak boleh menuntut cerai walaupun dalam kes keganasan rumah tangga.

Sumber: Iran Human Rights

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang