TRAGIS, seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan maut kerana kebuluran dan dehidrasi selepas ditinggalkan bersendirian selama 10 hari.

Ibunya, Kristel Candelario, 32, yang didakwa mempunyai masalah depresi telah meninggalkan mangsa untuk bercuti di Detroit dan Puerto Rico pada musim panas tahun lepas.

Malah, dia juga berkongsikan foto-foto sewaktu percutian manakala anaknya sedang merana tanpa pengawasan orang dewasa.

Setelah pulang daripada ‘healing’, dia menemui kanak-kanak malang itu dalam keadaan tidak bernafas di laman permainan yang dipenuhi air kencing dan najis sebelum menghubungi talian kecemasan.

Petugas kecemasan mendapati bayi tersebut mengalami dehidrasi melampau dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas mereka tiba.

Bedah siasat yang dilakukan pejabat pemeriksa perubatan Daerah Cuyahoga, mengenal pasti bahawa kematian kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi teruk.

Susulan itu, wanita terbabit ditahan dan mengaku bersalah di atas tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup menjelang perbicaraan pada 18 Mac 2024.

Dalam pada itu, Peguam bela Kristel, Derek Smith mengatakan dia mengalami penyakit mental.

Artikel berkaitan: Terkejut dapat ‘call’ anak tertinggal, wanita pesan periksa dulu kenderaan sebelum bergerak

Derek turut berkongsi bahawa Kristel sangat bergantung kepada ibu bapa untuk membantu menjaga dua anaknya itu.

Iklan

“Anak perempuan sulung, Amaya, berada bersama datuk dan neneknya di Ecuador apabila dia meninggalkan Jailyn sendirian.

Artikel berkaitan : Kanak-kanak 5 tahun maut, tertinggal empat jam dalam kereta ibu di parkir hospital

“Depresi bukan diagnosis yang mudah. Ia bukanlah sesuatu yang dapat dilihat dari luaran. Anda tidak tahu apa yang sedang dilaluinya,” katanya.

Pesakit yang menghidap deprasi, anxiety dan stres perlu meminta sokongan dan bantuan orang sekeliling terutama doktor, pakar kauseling dan keluarga.

Jangan biarkan ia menguasai diri kerana boleh mendatangkan bahaya dan memudaratkan diri serta orang lain.

Iklan

Sumber : People & Cleveland 19 News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!