Terkejut dapat ‘call’ anak tertinggal, wanita pesan periksa dulu kenderaan sebelum bergerak

A
A
A

KEPADA ibu bapa, sila pastikan anak-anak anda tidak kira kanak-kanak ataupun remaja menaiki kenderaan sebelum bergerak ke destinasi terutama di kawasan Rehat dan Rawat (RNR).

Ini susulan kejadian tertinggal anak dikatakan berlaku di RNR Pagoh pada 17 Februari lalu.

Baca juga:‘Kembalinya ayahanda yang dikasihi…’. Perginya sebutir permata Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Menerusi video yang dimuat naik Shahilaashah di TikTok memaparkan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah lokasi di Johor namun tidak dinyatakan kawasan tersebut.

Insiden mencemaskan itu bagaimanapun disedari selepas wanita tersebut menerima panggilan daripada seorang pekerja stesen minyak.

Baca juga:Renovasi rumah flat persis teres, ini reaksi agamawan. ‘Awas penceroboh harta, doa orang dizalimi makbul!’

Perjalanan waktu malam dan keletihan menyebabkan keluarga berkenaan tidak perasan anak bongsunya tertinggal.

“Peringatan untuk parents.. Periksa anak-anak bila berhenti kat RNR atau mana-mana sekali pun. Jangan jadi macam ini,” katanya.

Baca juga:60 peratus bahan kitar semula, ini spesifikasi mesra alam Acer Aspire Vero 16

Dalam video kedua pula, menunjukkan kereta mereka berpatah balik di susur keluar Yong Peng dan kembali menuju ke RNR Pagoh.

“Syukur alhamdulillah si bongsu dibantu oleh tiga orang pekerja Bangladesh, yang nama Ismail itu meminjamkan telefon.

“Mereka juga belikan anak saya roti dan air.. Terima kasih Ismail dan rakan-rakan dari Petron RNR Pagoh.. budi kalian kami akan kenang sampai bila-bila.. Ada je warga asing yang berhati mulia,” ujarnya.

Video yang sudah ditonton lebih 800,00 kali itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ada yang mengecam ‘kecuaian’ tersebut namun yang penting remaja 14 tahun itu ditemui selamat.

“Nak bergerak tu..check la anak dulu. Mujur selamat tak ada apa-apa jadi,” kata salah seorang pengguna.

“Nasib dia ingat nombor pon,” kata Puteri.

“Eh orang belakang tu tak perasan ke?” kata Aafiya.

Kisah ini diharap menjadi pengajaran kerana remaja perempuan mahupun lelaki tetap bahaya jika ditinggalkan keseorangan tanpa penjaga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca