MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lebih 48 jam di dalam hutan di Bull Lake, Montana, Amerika Syarikat benar-benar menggemparkan penduduk setempat.

Mana tidaknya, Ryker Webb yang bermain bersama ayah dan anjing peliharaan di belakang rumah dikatakan hilang tanpa disedari ahli keluarga pada 3 Jun lalu.

Ayah mangsa yang menyedari anak beliau hilang selepas mengambil barang di dalam rumah turut gelisah apabila Webb tidak menyahut apabila namanya dipanggil.

kanak-kanak hilang

Kejadian malang itu disedari jiran tetangga dan laporan polis dibuat untuk mencari budak tersebut di kawasan hutan berhampiran.

Lapor www.ntd.com, pihak polis di Pejabat Syerif Lincoln County mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak berambut perang dan bermata biru.

Susulan itu, laporan dibuat dan lokasi mencari diperluaskan di kawasan yang dikenal pasti.

Ramai yang membuat andaian bahawa kanak- kanak tersebut sendirian berjalan melepasi denai terbiar di kawasan hutan berhampiran.

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

kanak-kanak hilang

Usaha mencari melibatkan semua jenis kenderaan termasuk ATV, dron, unit bot dan anjing pengesan.

Malah, misi tersebut disertai dua buah helikopter daripada pasukan Montana National Guard.

DITEMUI HAMPIR BEKU KESEJUKAN

Operasi mencari dan menyelamat semakin getir apabila pihak polis sukar untuk meninjau kawasan lembah tasik kerana cuaca buruk dan berkabus.

Meskipun berdepan jalan buntu, misi tetap diteruskan untuk hari kedua hingga ke kawasan Pine Ridge Road di Sanders County.

kanak-kanak hilang

Barangkali sudah rezeki buat keluarga malang tersebut apabila Webb ditemui selamat di dalam sebuah kabin, walaupun dalam keadaan kelaparan, dahaga dan kesejukan.

Tubuh si kecil itu dikatakan hampir beku ketika beliau ditemui pemilik kabin yang ditinggal di dalam hutan tanpa sebarang bekalan elektrik ataupun air.

Baca juga Hanya minum air hujan, 2 budak lelaki hilang 4 minggu di hutan Amazon ditemui selamat

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana budak lelaki itu boleh berjalan sejauh 2.4 kilometer ke dalam hutan dan berteduh di dalam kabin tersebut?

kanak-kanak hilang

Malah, tidak kurang juga bersyukur kerana Webb ditemui selamat tanpa kecederaan meskipun berisiko berdepan haiwan buas.

Rata-rata yang mengikuti perkembangan kes kehilangan tersebut merakam penghargaan kepada semua pihak terlibat.

Iklan

kanak-kanak hilang

Malaikat melindunginya!

kanak-kanak hilang

Sebagai ibu anak empat, memang faham bagaimana pantasnya anak-anak ini bergerak.

kanak-kanak hilang

Lazimnya kes kehilangan kanak-kanak, masa kritikal yang diperuntukkan pihak polis untuk mencari mangsa hanya 72 jam pertama sahaja.

Ini kerana untuk tempoh 48 jam pertama, semua klu atau memori mengenai kehilangan tersebut perlu dicatat sebelum ‘hilang’ termasuk pakaian terakhir dipakai, jenis warna rambut, ketinggian dan sebagainya.

Iklan

Baca juga Tawaran lebih RM4 juta cari Cleo Smith hilang, siapa sangka ini kisahnya selepas 18 hari ditemui

kanak-kanak hilang

Maklumat tersebut penting dan tepat sebelum pihak polis dapat menjalankan siasatan untuk mengesan mangsa yang hilang.

Alhamdulillah, dalam kes ini Webb selamat ditemui orang ramai dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

Moga kejadian ini menjadi iktibar buat semua khususnya mereka yang mempunyai anak kecil.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI