BAYI yang dilahirkan melalui pembedahan cesarean (czer) tidak mendapat bakteria sihat yang sama seperti yang dilahirkan secara normal.

Perkara itu rupanya menjadi kekangan kepada perkembangan sistem imun mereka yang dianggap meningkatkan risiko penyakit tertentu di kemudian hari.

Kajian perubatan yang diterbitkan dalam jurnal Cell Host & Microbe baru-baru ini mendapati bayi dilahirkan menerusi pembedahan caesarean yang didedahkan dengan cecair alat sulit ibu mereka selepas kelahiran berjaya memulihkan keseimbangan mikrob dan menguatkan perkembangan saraf.

Bagaimanapun kajian tersebut hanya yang dilakukan ke atas 68 bayi.

Pakar microbiome dalam kesihatan manusia, Jose Clemente dari Sekolah Perubatan Icahn, Mount Sinai memaklumkan sekiranya penemuan itu disahkan dalam ujian klinikal yang lebih besar, teknik berkenaan boleh digunakan sebagai cara kos rendah untuk memastikan bayi lahir menerusi pembedahan memiliki kelebihan seperti bayi yang dilahirkan menerusi kaedah normal.

Baca juga: Bersalin secara pembedahan tak boleh lebih 3 kali, ini risiko wanita perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kelahiran menerusi pembedahan ialah 21 peraus berbanding hanya tujuh peratus pada tahun 1990.

Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati bayi yang dilahirkan melalui Caesarean mempunyai komposisi bakteria usus yang jauh berbeza berbanding bayi yang dilahirkan menerusi vagina.

Bayi yang dilahirkan normal menerima bakteria dari saluran kelahiran ibu manakala bayi caesarean hanya memperolehinya daripada sentuhan kulit ibu, susu ibu dan persekitaran.

Perbezaan itu tidak hanya dilihat ketika bayi berumur satu tahun tetapi ia boleh memberi kesan berpanjangan seperti meningkatkan risiko asma, alahan dan diabetes.

Kajian tentang memindahkan microbiome kepada bayi dilahirkan secara pembedahan atau vaginal seeding oleh dilakukan Clemente dengan bekerjasama dengan rakan sekerja di Universiti Perubatan Selatan di Guangzhou, China.

Baca juga:Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil overdue lebih 42 minggu ini puncanya

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kajian yang dilakukan ke atas 32 bayi baru lahir memberikan keputusan yang positif.

Pada usia enam minggu, kumpulan bayi yang didedahkan kepada cecair alat sulit ibu menunjukkan perkembangan lebih awal.

Mereka mendapati itu juga melihat perkembangan saraf bayi pada tiga bulan dan enam bulan mendapat skor yang lebih tinggi.

Iklan

“Kami fikir keputusan ini sebahagiannya disebabkan oleh mikrob menghasilkan sebatian kimia tertentu yang mungkin memberi kesan kepada fungsi otak, ” kata Clemente.

Pakar neuropsikologi Universiti Oxford, Dorothy Bishop yang tidak terlibat dalam kajian itu memuji pasukan penyelidik itu kerana telah mewujudkan asas untuk ujian yang lebih besar.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kajian itu belum membuktikan manfaatnya kepada perkembangan bayi manakala skor ujian kumpulan plasebo kelihatan agak sederhana dan bukannya menunjukkan kemerosotan.

Baca juga: Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang

 

Iklan

Sumber: The Economic Times, Cleveland Clinic, Berita RTM

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.