Kejam! Kerana mahukan anak lelaki, bapa 'gila' tembak mati bayi perempuan

Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut
Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut
A
A
A

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Begitulah yang boleh dikatakan tindakan seorang bapa yang menembak mati bayi perempuan berusia tujuh hari.

Lelaki Pakistan itu bertindak sedemikian berikutan mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menerusi laporan Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Jannat (bermaksud syurga dalam bahasa Urdu) dipercayai ditembak sebanyak lima das di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan, Isnin lalu.

Suspek dikenali sebagai Shahzaib Khan pada mulanya menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya melahirkan bayi perempuan.

Namun pada hari ketujuh kelahiran, lelaki itu pulang memasuki rumah berkenaan lalu meminta isterinya menyerahkan Jannat sebelum bertindak di luar kawalan dengan menembak mangsa sehingga mati.

Uri bayi

Suspek yang telah berkahwin selama dua tahun sempat melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan oleh pihak polis di daerah berhampiran.

Baca juga Terjerat tunggakan hutang, wanita ini dipaksa jual diri kepada pengurus koperasi

Susulan itu, bapa saudara kepada mangsa, Hidayatullah Khan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ketika insiden tersebut berlaku Hidayatullah cuba menyelamatkan mangsa namun suspek bertindak mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara yang lain.

Moga si bapa durjana itu mendapat balasan yang setimpal.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang