Kejamnya! Ibu hamil 8 bulan dibunuh selepas diumpan hadiah stroller. Suspek sanggup robek perut dan bawa lari bayi
HIDUP meroyan selepas kehilangan anak dan gagal menjadi seorang ibu mendorong seorang wanita berusia 42 tahun di Brazil sanggup bertindak kejam!
Mana tidaknya, suspek sanggup mengumpan wanita hamil dengan hadiah bayi semata-mata mahu melaksanakan agenda jahat yang dirancang lebih dua bulan.
Lapor The Daily Mail Online, rancangan Joseane de Oliveira Jardim bagaimanapun kantoi selepas bayi yang dibawa ke hospital meninggal dunia.
Nak dijadikan cerita, suspek yang berpura-pura melahirkan anak di ruang tamu di rumahnya, kemudian menjerit meminta tolong jirannya supaya menghubungi ambulans.
Demi menjadikan drama lakonannya menjadi, darah milik mangsa disapukan pada celah kelangkang kakinya sebelum dibawa ke hospital berhampiran.
Namun, malang tak berbau apabila si kecil itu meninggal dunia dalam perjalanan, sekali gus mendorong pihak hospital melakukan pemeriksaan lanjut.
Ya ALLAH tergamaknya ibu kandung. Allahyarham Anissa Afiera tidak hadir ke sekolah sejak Jun sebelum meninggal dunia 17 Ogos susulan luka penderaan akibat dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju & senjata tumpul
Apa yang memeranjatkan mereka, darah yang meleleh pada kaki dan DNA bayi tidak sepadan dengan si ibu membuatkan mereka mengesyaki sesuatu sebelum menghubungi pihak polis.
Tak sempat melarikan diri, wanita tak berperikemanusiaan itu ditahan sebelum pasukan pihak berkuasa membuat pemeriksaan di kediamannya di Porto Alegre, Brazil.
Alangkah terkejut apabila pasukan polis menemui mangsa yang sudah dibungkus dalam plastik dan disembunyikan di bawah katil di salah satu bilik.
Umpan barang bayi
Hasil siasatan lanjut, wanita malang itu pada awalnya diperdaya untuk datang ke rumah suspek untuk mengambil hadiah bayi yang mahu diberikan secara percuma.
Mangsa bernama Paula Jana Ferreira Melo berusia 25 tahun dikatakan pengsan selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala disyaki dipukul benda tumpul.
Perut mangsa dipercayai dikelar hidup-hidup oleh suspek untuk mengeluarkan bayi yang mahu dijadikan sebagai anak sendiri.
Lagi sedih, mangsa yang dijangka bersalin anak kedua pada 5 November depan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk.
Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia lapan tahun dan seorang lagi anak angkat berusia tiga tahun.
Memetik kenyataan abang ipar mangsa, Bruno Lopes, mangsa sudah menyediakan semua keperluan bayi kecuali stroller yang kononnya mahu dihadiahkan oleh suspek.
“Saya rasa dia pergi ke rumah itu hanya nak ambil barang sebab lokasi dekat dengan rumah. Kami pun tak fikir apa-apa sebab ia sekadar hadiah biasa, tapi tak sangka dia dibunuh oleh raksasa,” katanya.
Dalam masa sama, pasangan suspek juga ditahan polis untuk membantu siasatan.
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, Joseane sudah lama berangan untuk memiliki anak, malah berpura-pura mengandung sejak Ogos lalu dengan menunjukkan gambar ultrasound palsu kepada pasangannya.
“Suspek ada sejarah untuk cuba mengandung beberapa kali, tapi gagal dan pernah kehilangan anak satu ketika dulu.
“Joseane disyaki mendekati mangsa dengan niat jahat dan mahu menjadikan bayi yang dikandung sebagai anak sendiri,” katanya.
Aduhai, sanggup bertindak di luar batas fikiran semata-mata terdesak mahu memiliki seorang anak.
Moga ibu hamil di luar sana tidak mudah terpedaya dengan helah jahat yang boleh mengancam nyawa sendiri. Moga kes ini menjadi iktibar buat semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang