KEJAMNYA seorang sahabat apabila tergamak membelah perut rakan sendiri hanya untuk mencuri bayi yang dikandung!

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Brazil yang hamil 36 minggu dilaporkan maut selepas sabahat karibnya cuba mencuri bayi dalam kandungannya.

Menurut akhbar Mirror UK, wanita dikenali Flavia Godinho Mafra, 24, sedang mengandung anak pertama bersama suaminya, Valdeli.

Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2019 dan tinggal di Canelinha, negeri Santa Catarin.

Difahamkan, pada mulanya rakan sekolahnya, Rozalba Grimm menawarkan diri untuk mengadakan parti prakelahiran atau ‘baby shower’ untuk bayi itu.

Sebelum itu juga, Grimm turut berkongsi di media sosial mengatakan dirinya hamil.

Mafra hanya diberitahu untuk hadir ke acara itu pada 27 Ogos 2020 dan Grimm akan menguruskan persiapan lain.

Baca juga Enggan gugur kandungan, wanita hamil maut di tangan suami, tubuh 100% terbakar

Pun begitu, Valdeli menyedari isterinya tidak menggunakan aplikasi WhatsApp selama beberapa jam selepas pergi ke majlis itu.

Setelah mendapati isterinya tidak pulang ke rumah, lantas Valdeli menghubungi tetamu yang lain dan dia dimaklumkan bahawa acara itu telah dibatalkan.

Lantas selepas itu, Grimm yang membuat laporan polis. Akhirnya terbongkar jenayah Grimm, apabila pencarian Mafra membawa keluarga Vandeli ke sebuah gudang tembikar di mana mereka menemui sebuah tanur besar.

Apa yang amat mengerikan, mayat mangsa ditemui di dalamnya dengan perut yang dibelah dan bayinya dikeluarkan.

Difahamkan, Mafra meninggal dunia akibat pendarahan dan bedah siasat mendapati kepalanya dipukul dengan batu bata.

Iklan

Dalam pada itu, Grimm dan suaminya, Zulmiar Schiestl tiba di hospital dengan bayi yang baru lahir. Dia mendakwa telah melahirkan anak tetapi kaki tangan hospital curiga terhadapnya.

Malah tiada sebarang tanda fizikal bahawa dia bersalin, manakala bayi perempuan itu mengalami luka di bahagian belakangnya.

Baca juga Bau busuk bongkar kes wanita tikam, kerat dan rebus mayat suami di dalam periuk

Selepas ujian dijalankan, dia didapati cuba untuk menjadikan bayi Mafra sebagai anaknya.

Grimm didakwa dengan pertuduhan membunuh, cubaan membunuh, penculikan dan penyembunyian mayat. Dia difahamkan mengalami keguguran sebelum ini.

Iklan

Pihak pendakwa berkata, Grimm sihat dari segi mental. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun.

Sumber: Kosmo / Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.