"Kembalikan ayahku!" - Anak jadi saksi bapa dibunuh mengamuk, histeria lihat suspek
MENGHADAPI kehilangan orang terdekat seperti ahli keluarga menyebabkan trauma. Apatah lagi jika ia berlaku secara mengejut atau tragis.
Anak-anak yang masih kecil sentiasa dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka. Pemergian ibu bapa ketika usia anak yang masih mentah menyebabkan trauma pada emosi.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh JAMA Pediatrics, kehilangan ibu bapa bukan hanya tragedi menyedihkan bagi kanak-kanak, malah boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
Baca juga: Aksi Pawang Lakukan Ritual ‘Tolak Hujan’ Di Litar MotoGP Indonesia Jadi Sorotan Dunia
Seperti sebuah video yang tular di laman sosial di TikTok @sadman.id yang memaparkan seorang kanak-kanak lingkungan lapan hingga sembilan tahun menangis seolah histeria setelah melihat pelaku pembunuhan bapanya. Menerusi tinjauan SinarPlus, video berkenaan telah ditonton sebanyak 5.1 juta kali.
Menerusi video berkenaan kanak-kanak itu terdahulu duduk di kerusi bangun menghampiri pelaku pembunuhan bapanya dan seolah-olah ingin menyerangnya.
Insiden itu berlaku semasa pembinaan semula kes. Kanak-kanak dikenali dengan singkatan MS itu kelihatan tidak dapat menahan marah dan menjerit.
Air mata anak kecil itu terhambur di saat lima orang pelaku berdiri di hadapannya. Malah teriakan kanak-kanak yatim piatu itu itu amat memilukan.
" Kembalikan ayahku," kata MS dalam tangisan.
Pihak polis dan keluarganya kemudian dilihat cuba menenangkan MS.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ramai warganet terharu dan sedih dengan situasi yang dialami kanak-kanak itu.
"Ya ALLAH, emoga dikuatkan iman anak ini dan sihat jiwa raganya, dipermudahkan urusan hidupnya, amin".
"Sedih, geram, perasaan bercampur baur, apatah lagi bertemu dengan pelakunya."
“Memang sakit. Sungguh saya sedih sebagai anak yatim piatu.”
"Patah hati terhebat dalam hidup adalah saat kehilangan kedua-dua orang tua.
@sadman.id Balas @zainul_r13 apa yg kalian rasakan? ? #sad♬ original sound - DhiezZ
Menurut Malang Times, insiden itu berlaku semasa proses pembinaan semula kes pembunuhan berlaku di Samosir, Sumatera pada tahun 2020.
Lebih menyedihkan, susulan pembunuhan si bapa, MS bersama adik beradiknya menjadi anak yatim piatu.
Difahamkan si ibu terlebih dahulu meninggal dunia pada tahun 2018.
Baca juga: Bukan RM10,000 Atau RM1,000. Gara-Gara RM1.14, Wanita Ini Dibunuh Kejam Suami Sendiri!
Kini MS dan kakaknya tinggal di rumah peninggalan ibu bapa mereka sementara dua adiknya ditempatkan di rumah anak yatim.
Malah selepas kematian ibu bapa ada di antara kanak-kanak tujuh adik beradik itu keciciran pendidikan.
Menurut Tribun News, bapa MS iaitu Rianto Simbolon, raja adat di Simosir yang menjadi mangsa pembunuhan enam suspek dipercayai angkara dendam lama di pada tahun 2020.
Difahamkan kejadian tragis pembunuhan beramai-ramai Rianto turut disaksikan MS dan adik beradiknya yang lain.
Baca juga: Pamer gaya hidup mewah di laman sosial, aset bernilai RM18.7 juta milik ‘influencer’ dirampas
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang