KEKAYAAN dan kemewahan sentiasa menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi jika membabitkan golongan pempengaruh atau ‘influencer.’

Walaupun tidak semua berbuat demikian, mempamerkan kekayaan di laman sosial seolah-olah menjadi ‘trend’ generasi muda masa kini.

Gelaran ‘Crazy Rich Bandung’ seorang ahli perniagaan muda Indonesia, Doni Salmanan berakhir berikutan laporan kes penipuan.

Baca juga: 8 rakan dibunuh depan mata, mohon bantuan menerusi CCTV, kisah Nelson Sarira buat ramai sebak

WANG TUNAI RM968,000

Menurut Detik News, wang tunai 3.3 bilion rupiah (RM968,000) dirampas, dua rumah di wilayah Candra Asih, Kota Baru Parahyangan dan Soreang Banjaran, Bandung telah disita pihak berkuasa.

Selain itu, pihak berkuasa turut menyita kereta milik Doni iaitu Porsche, Lamborghini, BMW, dua buah Honda CRV, sebuah Toyota Fortuner yang sering kelihatan di dalam laman sosial Doni.

Tidak ketinggalan 18 buah koleksi motosikal berkuasa tinggi  yang terdiri daripada Kawasaki Ninja, Ducati Superleggera, KTM, MSI dan Yamaha.

Selain itu sebanyak 22 jenis pakaian dari pelbagai jenama mewah seperti Hermes, Dior dan Canali turut dirampas.

Laporan mangsa menyatakan Doni mempunyai cara istimewa untuk menarik minat mangsa hingga terleka melaburkan wang mereka.

Suara.com melaporkan Doni mempamerkan kekayaan melalui Instagram sehingga ramai mangsanya tergoda dan menerima tawarannya.

Baca juga: Kerana durian nyawa melayang, lelaki cacatkan remaja hingga maut

MENJANJIKAN UNTUNG

Difahamkan pada mulanya, Doni dijemput untuk bekerja dengan aplikasi ‘trading’ yang berupaya menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi setiap mangsa yang berjaya mendaftar dan melaburkan wang ke dalam Quotex, Doni akan diberi komisen oleh Quotex dengan kod rujukan yang dikongsi dengan mangsa.

Cara Doni untuk menarik minat bakal mangsanya agak licik. Ia memberikan fleksibiliti kepada mangsa pada peringkat awal. Sistem Quotex akan sengaja membuat mangsa menang apabila meneka carta dagangan secara berterusan.

Ini akan membuatkan mangsa teruja dan berminat untuk terus melabur wang mereka. Difahamkan Doni turut memiliki puluhan ribu ahli dalam kumpulan Telegram khas.

Iklan

Baca juga: Dikatakan terlalu kaya, jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara

GAYA MEWAH SEBAGAI MODAL

Doni juga menggunakan gaya hidup mewahnya sebagai modal menjerat mangsa dan terus memberikan semangat untuk terus melabur apabila berhadapan kerugian.

Malah menerusi media Indonesia, Doni dilaporkan menerima sehingga 80 peratus wang kerugian mangsa sebagai bentuk maklum balas dengan kerjasama Quotex.

Ramai mangsa melaporkan kerugian ratusan juta rupiah. Mangsa yang mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena melaporkan pemuda itu kepada pihak berkuasa dengan dakwaan kes penipuan.

Iklan

Akhirnya setelah melalui siasatan dan pemeriksaan, Doni Salmanan secara rasminya telah dinamakan sebagai suspek kes penipuan itu.

Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Buat pertimbangan dan kajian sewajarnya sebelum membuat sebarang pelaburan agar terhindar skim penipuan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Baca juga: [5 FOTO] IKEA Rusia sesak, penduduk tempatan berpusu buat pembelian terakhir sebelum operasi ditamatkan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI