DILAHIRKAN kembar adalah istimewa tetapi perbezaan yang ketara antara pasangan Jepun ini menjadikan mereka lebih unik.

Berbeza 75 sentimeter (cm) atau 2 kaki 5.5 inci antara dua dua adik-beradik kembar Yoshie dan Michie Kikuchi, 34, ini membolehkan mereka mencipta rekod dunia.

Pasangan yang tinggal di Okayama, Jepun menggondol gelaran daripada Guinness World Records kerana mempunyai perbezaan ketinggian paling besar bagi kembar bukan seiras (perempuan).

Walaupun ketinggian Yoshie ialah 162.5cm (5 kaki 4 inci), tinggi Michie dalam keadaan berdiri 87.5cm (2 kaki 10.5 inci). Ia menunjukkan perbezaan ketara 75cm!

Pasangan yang diberi julukan Kikuchi Sisters itu lahir hasil  daripada persenyawaan dua telur berasingan. Dilahirkan pada 15 Oktober 1989 Michie mengalami masalah fizikal dipanggil congenital spinal epiphyseal dysplasia iaitu gangguan tulang yang menghalangnya daripada membesar.

Baca juga: Pemandu bas terpendek di dunia, pecah rekod dunia Guinness!

Baca juga: Sudah ada 7 anak, suami isteri ini teruja timang bayi kembar lima. Kisah paling rare!

Tangkap layar Twitter @GWR

Michie tinggal di rumah ibu bapanya manakala Yoshie, sebaliknya, telah berkahwin dan menjadi seorang ibu, Namun keakraban kedua-duanya masih kuat apabila Yoshie masih menghabiskan banyak masa di rumah dengan ibu bapa dan kakaknya.

Michie pernah menjadi watak introvert, sebahagiannya kerana dia berasa tidak selamat dengan penampilannya. Namun, pemikiran itu mula berubah apabila dia mendapat tahu tentang Chandra Bahadur Dangi, lelaki paling rendah di dunia.

Baca juga: Kembar Timothy, Lydia pecah rekod dunia, lahir daripada embrio beku berusia 30 tahun

Baca juga: Wanita tertinggi dunia terpaksa berbaring dalam kapal terbang, turut pegang 3 rekod dunia

“Saya membaca tentang lelaki paling rendah pada 2012 dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada orang di luar sanabangga menunjukkan tubuh pendek mereka, sedangkan saya malu dengan keadaan saya sendiri,” kata Michie kepada Guinness World Record.

Yoshie pula tidak nampak kelainan itu sebagai kekurangan kakaknya.

Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

“Saya sudah lama bersamanya dan tidak mengenalinya sebagai orang kurang upaya. Dia hidup sama seperti orang lain,” katanya.

8 info menarik kembar seiras dan tak seiras

1-Terdapat dua jenis kembar iaitu seiras dan tak seiras.

Iklan

2-Kembar seiras berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan dua embrio.

3-Embrio akan membahagi menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk seiras.

4-Kembar tak seiras pula berlaku apabila dua telur (isteri) berbeza bersenyawa dengan dua sperma (suami). Ini menghasilkan dua embrio dan masing-masing membesar menjadi janin dan dilahirkan sebagai dua orang bayi.

5-Kembar seiras berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa i.e. lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan).

6-Namun bagi kembar tidak seiras ia adalah sebaliknya. Jantina bagi kembar tak seiras boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama (lelaki-perempuan).

7-Sesetengah wanita lebih cenderung mendapat kembar lebih-lebih lagi jika berada dalam situasi berikut:

Iklan

-Umur linkungan 30-an atau lebih tua.
-Mengambil ubat kesuburan sebelum mengandung.
-Menjalani prosedur IVF (bayi tabung uji)
-Kembar lebih kerap di kalangan wanita kulit hitam (Afrika) dari wanita Asia atau Eropah (kulit putih).
-Keluarga (ibu, bapa, kakak dan seumpamanya) pernah mengandung kembar.
8-Faktor-faktor di atas meningkatkan kebarangkalian si ibu mendapat kembar tak seiras tetapi bukan kembar seiras

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Sumber: Guiness World of Records, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan