WANITA dari Turkiye, Rumeysa Gelgi pemegang rekod wanita tertinggi dunia. Tidak hanya itu, beliau turut memiliki tiga rekod dunia lain yang menakjubkan!

Rumeysa, 25, sering menjadi sorotan media di seluruh dunia kerana menjadi wanita yang mempunyai ketinggian menakjubkan 215.16 sentimeter (cm).

Baru-baru ini pertama kali Rumeysa menaiki penerbangan dari Instanbul ke San Francisco, Amerika Syarikat. Bagi memuatkan tubuhnya yang luar biasa tinggi, syarikat penerbangan Turkish Airlines melakukan modifikasi pada ruang tempat duduk kelas ekonomi.

Sebanyak enam tempat duduk komersial dialihkan bagi meletakkan tempat pembaringan Rumeysa yang berbentuk seperti pengusung (strecher).

Pengalaman itu dikongsikan Rumeysa sendiri menerusi laman sosial Instagram.

Baca juga: Pengorbanan ibu, ini kisah Mary Ann Bevan sanggup digelar wanita paling hodoh demi besarkan anak

“Ini adalah penerbangan pertama saya dan ia pastinya bukan yang terakhir. Mulai sekarang, saya akan sangat berbesar hati dan gembira dapat terbang dengan @turkishairlines. Terima kasih tidak terhingga kepada setiap yang terlibat dalam perjalanan saya ini,” tulisnya.

MailOnline melaporkan Rumeysa ke California atas urusan kerjanya yang berkaitan pembangunan perisian dan bekerja dengan Rekod Dunia Guinness.

Ketinggian luar biasa Rumeysa adalah disebabkan oleh mutasi genetik jarang berlaku iaitu Sindrom Weaver yang mana penghidapnya akan mengalami pertumbuhan pesat rangka badan.

Sindrom itu juga menyebabkan tulang dan pergerakan lemah terutama pada sendi siku serta tumit. Masalah kestabilan menyebabkan Rumeysa sukar untuk menelan dan bernafas.

Difahamkan sebelum mencecah usia lima tahun, Rumeysa menjalani dua pembedahan penting yang membantunya untuk berjalan buat kali pertama dengan bantuan walker. Kini beliau menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

Sebelum dinobatkan sebagai wanita tertinggi dunia, Rumeysa terdahulu memecahkan Rekod Dunia Guinness sebagai remaja perempuan tertinggi pada 2014 dengan ketinggian 213.6 cm.

Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion

Iklan

Selain wanita tertinggi dunia, Rumeysa turut memegang tiga Rekod Dunia Guinness yang disahkan pada Februari 2022 seperti berikut:

1-Jari terpanjang kategori wanita: 11.2 cm

2-Tangan terbesar yang mana sebelah kanan berukuran 24.93 cm manakala tangan kiri berukuran 24.26 cm

3-Bahagian belakang paling pankang: 59.90 cm

Difahamkan di dalam keluarga Rumeysa, hanya beliau yang memiliki ketinggian luar biasa.

Iklan

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Sumber: Insider

Foto: Instagram rumeysagelgi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi