Kenal bau tuannya, kucing menangis ‘lepas rindu’ selepas 2 tahun menghilang

RAMAI di antara kita memelihara kucing kerana sifatnya yang manja dan comel.

Rasa terhibur tengok telatah dan gelagat comel mereka, kan…

Itu sebab ramai yang akan ‘meratap’ jika si bulus kesayangan yang dibela bertahun-tahun lamanya hilang secara tiba-tiba.

Kita akan jadi risau memikirkan apa nasibnya di luar sana. Jatuh longkahkah? Diderakah? Tersesat jalankah dah banyak lagi persoalan yang bermain dalam benak.

Tidak dinafikan, bukan senang nak mencari si bulus yang missing in action.

Di United Kingdom, berlaku kisah yang luar biasa apabila sepasang suami isteri berjaya menemui semula kucing kesayangan mereka selepas dua tahun haiwan itu hilang, lapor Mail Online.

Tambah mengharukan, kucing tua berkenaan dilihat ‘menangis’ selepas mengenali bau pemiliknya apabila ia akhirnya dibawa pulang.

Pasangan suami isteri tersebut, Alison dan Dean Lyng, dari Chatham, Kent, kehilangan kucing kesayangan mereka yang diberi nama Kizzy pada tahun 2021.

Baca juga: Wanita jumpa kucing kesayangan selepas 10 tahun hilang. Ini tip untuk cari si bulus kalau ‘MIA’

Baca juga: Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik

Kejadian berlaku apabila si comel tersebut tidak pulang ke rumah.

FIKIR BUKAN-BUKAN

Alison, 48, dilaporkan berkata, mereka mengandaikan haiwan berusia 25 tahun itu telah meninggal dunia dek kerana usianya yang sudah tua.

Ramai pemilik kucing beranggapan begitu kerana lazimnya seekor haiwan akan menyembunyikan diri sebelum kematian.

“Sungguh tidak sangka dapat berjumpa dengannya lagi.

“Selama dua tahun dia tinggal tanpa rumah dan tiada penjagaan,” ujar Alison.

Kizzy telah ditemui dalam keadaan kotor di tepi jalan di Upchurch, Kent oleh seorang pejalan kaki yang prihatin.

Si bulus tersebut kemudiannya dibawa bertemu doktor veterinar untuk mendapatkan rawatan kerana berada dalam keadaan lemah.

Pemeriksaan mendapati Kizzy tidak mempunyai cip pada badannya, sekali gus ramai menganggap ia seekor kucing jalanan.

Susulan itu, kumpulan Animals Lost and Found di Kent telah mengeluarkan rayuan di internet bagi mencari pemiliknya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian Alison kerana beliau sangat mengenali kucing malang berkenaan.

Mereka dipertemukan semula baru-baru ini.

Iklan

BERTUAH

Beritahu Alison, apa yang membuatkan dirinya sebak, Kizzy mengenali bau suami beliau dan kemudiannya menangis.

“Kizzy tahu bau suami saya dan dia kemudian menangis. Saya bersyukur, Kizzy kini berehat bersama kami dan telah diberikan pelukan dan makanan,” katanya.

Dalam tempoh kehilangan, haiwan comel itu didapati kurus kering, hanya mempunyai berat 2.5 kilogram, mempunyai cacing dan kutu serta tidak boleh berjalan.

Sementara itu, pengasas Animals Lost and Found di Kent, Natasha McPhee berkata, kejadian tersebut suatu yang luar biasa.

“Ia sungguh menakjubkan! Hebat.

“Kebanyakan kucing tidak mencapai ke usia itu walaupun dipelihara di rumah apatah lagi di luar sendirian,” katanya.

Iklan

Baca juga: Kucing Garfield kini kembali, lahir era 70-80an pasti rindu

Baca juga: 4 destinasi tarikan si bulus, pengunjung siap boleh sumbang dana untuk keperluan kucing memerlukan

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Bertuah sungguh Alison dan suaminya kerana berjaya bertemu semula dengan Kizzy.

Bukan senang nak cari kucing kalau dah hilang. Jadi, bila dah jumpa semula tu memang rezeki.

Untuk rekod, kucing tertua di dunia ialah Rosie, seekor kucing yang mempunyai tiga warna atau dikenali sebagai tortoise-shell.

Haiwan berkenaan berumur 31 tahun dan tinggal di Norwich.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.