UMUM mengetahui Gunung Everest ialah gunung yang mempunyai puncak tertinggi dunia iaitu dengan 8,850 meter (kira-kira 29,035 kaki).

Sejuk dan dilitupi salji, malah ada kawasan dipanggil zon maut kerana bekalan oksigen terhad.

Namun baru-baru ini kucing Pallas ditemui di Gunung Everest berdekatan di Taman Negara Sagarmatha di Nepal.

Penemuan itu adalah hasil daripada Ekspedisi Everest National Geographic dan Rolex Perpetual Planet Everest 2019.

Baca juga: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

“Adalah fenomena untuk menemui bukti spesies yang jarang ditemui dan luar biasa ini hidup di puncak dunia,” kata Pengarah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar yang berpengkalan di Zoo Bronx, Amerika Syarikat, Dr Tracie Seimon.

Analisis DNA sampel yang dikumpul dari kedua-dua tapak mengesahkan dua kucing Pallas mendiami Gunung Everest. Lebih menarik lagi. Wilayah tersebut turut didiami dengan musang merah.

Para penyelidik menemui DNA tikus dinamakan pika dan musang gunung yang menjadi sumber makanan penting untuk kucing Pallas.

Penemuan ini juga menambah spesies baharu kepada senarai mamalia yang diketahui di Taman Negara Sagarmatha, Tapak Warisan Dunia.

Baca juga: DIY 2 bahan mudah rawat luka, kurap kucing lebih selamat, cepat sembuh

Bagamana kucing ini boleh hidup di kawasan yang sejuk dan jarang didiami manusia? Berikut 10 fakta mengenai spesies liar ini:

1-Kucing Pallas atau nama saintifiknya Otocolobus manul ialah kucing liar kecil yang comel.

2-Seekor kucing Pallas berukuran 65 hingga 95 sentimeter (cm) panjang. Ekornya yang tebal dan gebu panjang, kira-kira separuh daripada badannya.

3-Ia mempunyai ketinggian 30 hingga 35 cm. Kakinya yang agak pendek lebih sesuai untuk menyerang hendap.

4-Bulunya yang sangat tebal mampu menghangatkan tubuh. Ia juga salah satu faktor menjadikan kucing Pallas ini kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya.

Baca juga: Guna bawang putih dan serai, petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

5-Pada mulanya menganggap ia sebagai kucing Parsi, naturalis Jerman Peter Pallas mengklasifikasikan kucing itu sebagai Felis manul pada tahun 1776.

6-Perkataan ‘manul’ berasal dari bahasa Mongolia. Nama saintifik, Otocolobus berasal daripada bahasa Yunani diterjemahkan kepada ‘ telinga hodoh’.

Iklan

7-Kucing Pallas boleh ditemui merentasi padang rumput dan padang rumput pergunungan Asia Tengah, termasuk Iran, Afghanistan, Pakistan dan utara India.

8-Mongolia dan Rusia juga adalah antara habitatnya.

9- Kucing ini mampu hidup pada ketinggian sehingga 5,600 meter.

Habitat tempat sampel kucing Pallas dikumpul oleh para pengkaji.

10-Ia tinggal di dalam lubang tinggalan marmot yang terbiar dan rongga-rongga batu di padang rumput.

11-Mempunyai warna keperakan atau jingga sesuai dengan keadaan padang rumput di sekelilingnya. Ia dikatakan berubah mengikut musim. Pada musim sejuk bulunya menjadi lebat dan panjang bagi memerangkap haba manakala pada musim panas ia berubah menjadi berbelang jingga.

12- Setiap kali bunting, kucing ini boleh beranak sehingga enam ekor anak kucing sekali gus. Namun jumlah yang biasa ialah tiga atau empat bilangan yang paling biasa.

Iklan

13-Anak kucing Pallas akan berdikari pada usia empat hingga lima bulan.

14-Ketika kecilia  berbulu gelap. Bulu tebal yang gebu akan tumbuh sepenuhnya ketika berumur dua bulan.

15-Mempunyai rupa yang unik, kucing ini sangat ‘rare’. International Union for Conservation of Nature’s (IUCN) menggangarkan hanya 58,000 kucing Pallas masih hidup.

Baca juga: Pencinta kucing wajib tahu apa itu parvovirus. Kalau biarkan boleh bawa maut!

Sumber: wcs.org, Discover Wild Life

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.