KEHIDUPAN tidak selalu manis disebabkan obesiti, seekor kucing di Richmond, Virginia Amerika Syarikat, yang mencapai berat 13 kilogram dibuang pemiliknya.

Haiwan bernama Frosty itu ditemui berkeliaran di jalanan sebelum diambil Pusat Penjagaan dan Kawalan Haiwan Richmond pada Khamis lalu.

Selepas dibawa ke pusat penjagaan itu, Frosty menemui rumah baharu yang penuh kasih sayang.

“Berat Frosty tiga kali ganda berbanding kucing biasa dan beberapa anjing bersaiz sederhana melebihi 10kg.

“Ia sangat gemuk sehingga tidak muat untuk dimasukkan dalam sangkar kucing biasa.

“Ada satu perkara yang menjadi kesukaan Frosty iaitu makanan. Selagi boleh mengekalkan nafsu makannya, ia dikatakan sebagai haiwan peliharaan yang ‘sempurna’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca juga:Dijamin berkesan. Lelaki ini kongsi cara paling berkesan guna arang hilangkan bau kucing dalam rumah

Frost

Kucing comel itu kini mempunyai ibu baharu iaitu seorang wanita dikenali Maggie Thompson yang merupakan pengurus akaun serantau dari Stafford, Virginia itu
.
Justeru, Pusat Penjagaan dan Kawalan Haiwan Richmond berharap Maggie dapat membantu Frosty untuk mengurangkan berat badan.

Baca juga:Kejam! 15 anak kucing mati direndam air panas, Animal Malaysia tawar RM5,000 kesan pelaku

Pemilik baharunya itu juga dalam masa sama berjanji untuk menjaga haiwan peliharaan itu dengan sebaik mungkin.

Baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

Iklan

“Saya pemilik baharunya dan baru sahaja menamakan dia sebagai Gus,” katanya.

Rakannya juga yang mempunyai kucing obesiti bernama Patches, yang mencapai berat hampir 20kg, turut teruja dan memuji tindakan Maggie.

“Dia cantik! Saya mungkin perlu bincangkan perkara ini dengan Patches, Wellesley dan Bella (kucing) untuk bertemu,” katanya.

Sumber: Daily Star

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!