Kurang ajar tapi tak sampai hati nak marah, ini kisah 5 ekor burung kakak tua yang suka maki pengunjung zoo!

No Image Caption
A
A
A

RASANYA semua orang suka pergi zoo, baik kanak-kanak mahu pun dewasa. Di sana boleh belajar dan melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan yang ada.

Namu, apa reaksi anda sekiranya sedang berjalan-jalan melihat haiwan, tiba-tiba kena maki dengan ayat yang kurang ajar?

Itulah kejadian sebenar yang berlaku di Lincolnshire Wildlife Park, England. Lima ekor burung kakak tua dari spesies African Grey Parrot iaitu Billy, Elsie, Eric, Jade dan Tyson telah menghiburkan para pengunjung dengan bahasa yang tidak sesuai.

Bukan sekali, tetapi banyak kali. Siap dengan pakej gelak selepas itu. Ada sesetengah pengunjung merasakan ia sesuatu yang kelakar, tetapi ada yang tidak dapat menerima cara kasar burung-burung itu bergurau.

Apatah lagi perkataan mencarut itu didengari oleh kanak-kanak. Menurut laporan CNN travel, biasanya burung-burung tersebut akan diam bila berada di hadapan orang ramai, tetapi lima sekawan itu berbeza kerana makin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi bila mendapat perhatian ramai.

No Image Caption

Bukan setakat mencarut, kelima-lima burung berkenaan juga pandai meniru reaksi orang ramai. Bila mereka nampak pengunjung terkejut atau gelak, lagi kuatlah mereka buat hal.

Selepas menerima maklum balas daripada beberapa pengunjung, pihak zoo akhirnya membuat keputusan untuk memisahkan lima sekawan itu.

Bukan sebab nak menghukum, tetapi risau tingkah laku tersebut akan berjangkit pada kawanan burung yang lain.

Masing-masing dipindahkan ke kawasan berbeza supaya mereka tak lagi saling terpengaruh antara satu sama lain.

African Grey Parrot memang terkenal sebagai burung paling bijak meniru suara manusia. Bukan sekadar bunyi malah intonasi, masa dan maksud pun mereka boleh ‘cepat tangkap’.

Beberapa tahun selepas insiden lima sekawan berkenaan, pihak zoo mendapati ada tiga ekor burung baharu mula mengikut jejak langkah mereka iaitu Captain, Sheila dan seekor lagi bernama Eric.

Kali ini, pihak zoo mengambil pendekatan berbeza. Mereka gabungkan dengan burung lain yang ‘berperangai baik’, supaya suara burung biasa akan menenggelamkan perkataan mencarut tersebut.

Strategi tersebut dipanggil ‘kaedah pencairan bunyi’ dan setakat ini, nampaknya berjaya. Dalam masa dua minggu, frekuensi perkataan kasar pun makin berkurangan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang