Laporan kehilangan anak tidak diambil peduli, jasad anak gadis ditemui di dalam longkang

No Image Caption
A
A
A

Kehilangan anak pasti memberikan kesan terhadap ibu bapa. Apatah lagi jasad anak itu tidak berada di depan mata. Walaupun tidak sampai 24 jam, namun sebagai orang tua, pasti akan berasa tidak sedap hati serta risau akan apa yang berlaku kepada anaknya.

Pada 7 Mac 2025, seorang gadis bernama Mitali Thakur, 24, dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah seperti biasa. Si bapa, tanpa berlengah, terus membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya.

Namun, reaksi pegawai polis yang tidak mengendahkan laporan tersebut membuatkannya berasa kecewa.

Pegawai polis yang bertugas hanya memberi alasan bahawa anak gadis itu mungkin mengikut teman lelakinya kerana usianya yang sudah dewasa.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan daripada pihak berwajib, si bapa dan keluarganya berusaha sendiri mencari anaknya.

No Image Caption

Mereka mengetahui tentang gangguan yang diterima oleh anaknya daripada seorang lelaki bernama Sultan Mohammed. Disebabkan itu, keluarga Mitali berasa takut dan mengandaikan bahawa lelaki tersebut bersama rakannya telah menculik serta membunuh gadis ini.

Nyata, perkara yang ditakuti oleh keluarga Mitali akhirnya menjadi realiti apabila jasad gadis malang tersebut ditemui sudah tidak bernyawa di dalam longkang selepas dua hari kehilangannya. Penemuan mengejutkan ini memberikan impak negatif terhadap pihak polis.

Kejadian yang berlaku di Rajpura, India, berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat terhadap penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh pihak polis. Sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pegawai polis yang menerima laporan berkenaan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Pihak keluarga dan masyarakat mendesak agar keadilan diberikan terhadap gadis malang tersebut. Siasatan segera dilakukan bagi mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik mimpi ngeri ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang