Lebih 8 dekad tunggu suami pulang, wanita berusia 103 tahun meninggal dunia. 'Dia janji nak balik...'

No Image Caption
A
A
A

SETIANYA seorang isteri apabila sanggup menunggu kepulangan suami yang hilang tanpa khabar sejak lebih 80 tahun!

Bayangkan, dalam tempoh lebih lapan dekad tersebut, wanita itu berhempas-pulas menyara anak dan keluarga tanpa mengira siang dan malam sendirian.

Tanpa mengenal erti penat, wanita gigih itu bekerja keras di ladang pada waktu siang dan menenun kain, selain membikin kasut pada waktu malam.

Betapa hebatnya seorang wanita bernama Du Huzhen yang tinggal di wilayah Guizhou, di barat daya China, sehingga kisahnya menjadi sensasi di media sosial.

No Image Caption

Menurut laporan South China Morning Post, warga emas yang berusia 103 tahun itu tidak pernah berhenti mencari suaminya yang ‘ghaib’ sejak tahun 1952.

Nak dijadikan cerita, Huzhen berkahwin dengan Huang Junfu pada tahun 1940 sebelum lelaki berkenaan menyertai tentera untuk berperang.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya menjejaki suaminya yang sedang menjalani latihan ketenteraan pada tahun 1943 dan tinggal bersama.

No Image Caption

Namun, selepas hamil, Huzhen yang berusia tiga tahun lebih tua berkenaan terpaksa pulang ke kampung. Sejak itu, hanya surat sahaja menjadi penghubung antara mereka.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir mereka berjumpa pada Januari 1944, iaitu selepas Huzhen melahirkan anak lelakinya dan pada masa sama, Junfu menguruskan pengebumian ibunya.

Surat Terakhir dari Malaysia

Junfu dikatakan sempat mengirim beberapa surat dan warkah terakhir bertarikh 15 Januari 1952 ditulis pada kertas milik sebuah syarikat pembinaan di Malaysia.

No Image Caption

Dalam surat itu, Junfu berpesan kepada isterinya untuk memastikan anak mereka mendapatkan pendidikan lengkap meskipun hidup susah.

Kehilangan Junfu menyebabkan ramai lelaki lain cuba menjadikan wanita itu sebagai isteri, namun semua lamaran ditolak mentah-mentah.

No Image Caption

Berkat kerja keras, anak lelakinya berjaya menjadi seorang guru, namun dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2022.

Huzhen yang tinggal bersama cucunya tidak pernah berputus asa mencari suaminya yang dikatakan hilang secara misteri.

Hasil siasatan mendapati, Junfu pernah menetap di Malaysia pada tahun 1950 sebelum berpindah ke Singapura.

No Image Caption

Tidak mahu terus diselubungi tanda tanya, Huzhen membuat hebahan notis orang hilang di media tempatan dan mengupah agensi pencarian antarabangsa.

Namun begitu, usahanya nampak sia-sia sehinggalah ibu kepada seorang cahaya mata itu meninggal dunia pada 8 Mac lalu di rumahnya.

No Image Caption

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu sempat mendakap sarung bantal lama yang digunakan sejak mereka berkahwin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang