Sembilan pelajar ditemui mati, tangan pula dipisahkan. 'Ada kesan terkena tembakan serta diseksa...'

PERCUTIAN bersama rakan-rakan yang sepatutnya menjadi percutian indah bertukar menjadi tragedi menyayat hati buat ahli keluarga.
Pada awalnya, Sembilan pelajar dari Tlaxcala, Mexico yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita, merancang untuk meraikan hari graduasi mereka dengan percutian di pantai Oaxaca.
Mereka yang berusia antara 19 hingga 30 tahun sepatutnya pulang pada tarikh yang telah diberitahu namun kelibat mereka langsung tidak kelihatan.
Kerisauan mula menyelubungi ahli keluarga yang kemudiannya bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.
Operasi pencarian segera dilancarkan sebaik sahaja mereka disahkan hilang pada 27 Februari lalu. Namun, selepas seminggu mencari, tiada petunjuk ditemui.
Misteri kehilangan mereka terus menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, pada 2 Mac 2025 kehilangan mereka akhirnya terjawab selepas mayat sembilan pelajar ditemui dengan keadaan mengerikan di dalam sebuah kereta jenis Volkswagen kelabu yang dibiarkan di tepi lebih raya.
Empat mayat ditemukan di dalam but bahagian belakang kenderaan, manakala lima lagi dibiarkan di bawah kanvas yang berlumuran darah.
Walaupun begitu, perjumpaan mayat itu dalam keadaan tidak sempurna apabila kedua-dua tangan mangsa telah dipisahkan.
Dua tangan dijumpai di dalam but kenderaan, manakala lapan pasang tangan lagi ditemukan di dalam sebuah beg yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
Menurut laporan media tempatan, mayat empat wanita dan lima lelaki itu mempunyai kesan tembakan selain tanda-tanda diseksa sebelum meninggal dunia.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 24 Februari mendedahkan kenderaan yang dipandu mereka bergerak melalui lebuh raya Atlixcayotl, berhampiran bandar Atlixco, kira-kira 90 batu (145 km) barat dari lokasi mayat pelajar ditemui.
Sehingga kini mangsa yang telah dikenalpasti adalah Angie Lizeth, Leslie, Brenda Mariel, Jacqueline Ailet, Noemi Yamileth, Raul Emmanuel, Ruben Antonio, and Rolando Armando manakala mangsa kesembilan masih belum disahkan.
Bagaimanapun, tiada suspek yang dikenal pasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan rakan sejawat yang lain bagi menjejaki pembunuh.
Sebagai rekod, sepanjang 2023, Mexico menyaksikan lebih 30,000 kes pembunuhan pada 2023, menjadikannya tahun paling ganas dalam sejarah terkini negara itu.
Sebahagian besar kes pembunuhan tersebut dikaitkan dengan perdagangan dadah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang