NAMPAK mudah, namun realitinya bukan senang untuk menyusun gula-gula M&M sehingga mampu menjadi setinggi menara dan mampu mencatat nama dalam Guinness World Records.

Brenden Kelbie, 22, sebelum ini pernah mencatat kejayaan menyusun empat biji M&M pada tahun 2020.

Kejayaannya itu dikongsikan bersama Silvio Sabba dari Itali.

 

Baca juga: Bapa ke tandas sebentar anak 8 tahun maut jatuh gelongsor air 50 kaki sedang diselenggara

Baca juga: Baru umur 7 tahun si cilik ini dinobat youtuber paling kaya di dunia dengan pendapatan RM117.27 juta

 

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama. Rekod itu kemudian berjaya ditewaskan oleh seorang lelaki Britain, Will Cutbill pada Jun 2021 dengan mencatat susunan lima biji M&M.

Tidak keseorangan, pencapaian tersebut turut berjaya dicapai oleh Rocco Mercurio yang berasal Itali yang menyamai jumlah sama.

Setelah beberapa kali bertukar takhta kejuaraan, Kelbie sekali lagi kembali merebut kedudukannya dalam Guinness World Records.

Beliau menyusun enam biji M&M dalam tempoh 10 saat di kediamannya di Queensland, Australia.

“Saya mengambil keputusan untuk pecahkan rekod ini kerana saya seorang pemecah rekod bersiri. Saya juga merupakan pemegang rekod dunia yang serba boleh,” kata beliau.

Iklan

Beberapa rekod lain yang memperlihatkan kemampuan beliau. Antaranya membuat pusingan kayu drum paling banyak dalam masa satu minit dan memutar bola keranjang paling lama pada cermin mata.

Selain itu, lelaki itu membina menara dadu tertinggi yang disusun di belakang tangan dalam tempoh masa 30 saat sambil menutup mata dan tempoh paling lama memutar bola keranjang di hidung.

Hmm…macam-macam cara orang mahu pecahkan rekod dunia.

Iklan

Kalau anda perasan, kebanyakannya perkara yang pelik-pelik sahaja.

Lagipun, Guinness World Records tiada halangan, asalkan apa yang dilakukan adalah ‘genuine’ dan tidak diragui.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram