MASIH menjadi misteri! Kehilangan seorang broker wanita di Lancashire, England sehingga kini masih menjadi tanda tanya orang ramai.

Ceritanya bermula apabila Nicola Bulley yang keluar berjalan bersama anjing peliharaannya yang dikenali sebagai Willow kali terakhir dilihat pada 27 Januari lalu.

Lapor BBC, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berusia 45 tahun itu berjalan di sepanjang kaki sungai di Wyre.

Ia adalah aktiviti rutin beliau selepas menghantar dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun ke sekolah setiap pagi.

broker wanita

Apa yang menghairankan, Bulley tidak kembali ke rumah atau mengambil semula anaknya selepas habis waktu sekolah.

Hasil siasatan polis, telefon milik mangsa ditemui di atas bangku berhampiran tebing sungai yang curam bersama tali pengikat anjing.

Kelibat Bulley dan anjingnya langsung tak kelihatan.

broker wanita

MUNGKIN TERJATUH DALAM SUNGAI

Hasil siasatan awal, pihak polis mengandaikan mangsa mungkin terjatuh ke dalam sungai tanpa disedari sesiapa.

Ini kerana pencarian melalui saksi dan rakaman CCTV tidak menunjukkan Bulley keluar dari kawasan rekreasi tersebut.

broker wanita

Jadi, misi pencarian masih dilakukan di kawasan sepanjang sungai terbabit melibatkan jumlah sukarelawan yang bukan sedikit.

Malah, pakar penyelam turut dibawa menyertai misi mencari kerana bimbang wanita itu lemas dan dihanyutkan arus sungai.

Baca juga ‘Tidur malam tak lena fikir ayah’.- Guru agama hilang masa umrah di Makkah, ini kronologinya

Satu lagi yang menjadi persoalan adalah mesej terakhir pada telefon pintarnya.

broker wanita

Broker gadai janji tersebut dikatakan merancang untuk playdate bersama teman baiknya pada hari kejadian.

Jika ada agenda licik untuk hilangkan diri, mana mungkin semua itu dirancang bukan?

Iklan

MASIH BERHARAP

Ahli keluarga Bulley masih mengharapkan keajaiban.

broker wanita

Tidak mahu menerima teori yang mengatakan wanita itu terjatuh ke dalam sungai atau spekulasi lain, mereka berharap mangsa dapat ditemui dengan selamat.

Memetik kata suami mangsa, Paul Ansell, beliau setia menunggu kepulangan isterinya dan dua anaknya juga mencari ibunya.

Baca juga 4 tahun wanita baru tahu hilang satu buah pinggang, dakwa suami ‘curi’, jual tanpa kebenaran

“Ini masa sukar buat kami terutama anak-anak, tapi kami tak berhenti berharap,” katanya.

Iklan

broker wanita

Operasi pencarian masih diteruskan sehingga kini dan kawasan diperluaskan melibatkan ramai orang.

Tidak pasti sampai bila misi tersebut berjalan, moga ada berita baik buat keluarga mangsa selepas ini.

broker wanita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi