Makam Upin Ipin tular, ibu saudara tampil beri penjelasan

04
04
A
A
A

BARU-BARU ini kecoh dakwaan kononnya siri kartun animasi di bawah Les' Copaque Production, Upin Ipin bukan kisah rekaan tetapi diadaptasi daripada kisah benar.

Menerusi video yang tular watak kembar kesayangan ramai itu didakwa menemui ajal selepas terlibat dalam sebuah nahas bersama ibu bapa semasa bercuti.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak sekadar itu, teori tersebut turut mengatakan siri animasi itu wujud hasil daripada khayalan Opah tidak dapat menerima kenyataan pemergian cucu kembarnya pada tahun 6 Ogos 1995 (Upin) dan 2 April 1996 (Ipin).

Selain itu, video berkenaan turut memaparkan penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Justeru, ahli keluarga pemilik makam terbabit tampil memaklumkan bahawa kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri animasi tersebut.

Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.

Dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.

Baca juga Peminat Di Indonesia Dakwa Upin & Ipin Kisah Benar, Siap Ada Pusara Bukti Kematian, Ini Respon ‘Atok’

Katanya, mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun. Semasa mereka sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak itu sengaja menamakannya Upin Ipin.

Ujarnya, mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia

Sumber: Suara.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang