PERKAHWINAN adalah permulaan perkongsian hidup yang indah bagi bakal suami dan bakal isteri. Namun isu perbelanjaan untuk persediaan perkahwinan menjadi satu masalah besar kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga terutamanya isu nilai wang hantaran.

Malah ramai juga alam kalangan masyarakat yang keliru antara mas kahwin dan wang hantaran kahwin.

Sehingga ada juga dalam kalangan kita yang tidak tahu mana satu yang wajib dan mana satu yang tidak.

Untuk pengetahuan, mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya untuk tujuan pernikahan.

Mas kahwin itu akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.

Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material contohnya wang tunai atau gelang emas. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran.

Tiada had atau nilai tetap dalam pemberian mahar ini. Sedikit atau banyaknya bergantung kepada kata sepakat kedua-dua belah pihak pengantin seperti apa yang telah dijanji.

Namun, janji tetap janji! Akibat mungkir janji, sepasang pasangan kekasih di Jawa Barat terpaksa membatalkan majlis pernikahan mereka gara-gara pengantin lelaki tidak membawa bersama mas kahwin seperti yang dijanjikan.

Walaupun kedua-dua mempelai itu sudah duduk di hadapan juru nikah dan bersiap untuk memulakan majlis akad ia terpaksa dibatalkan seperti apa yang dikehendaki oleh ahli keluarga pengantin perempuan.

Kejadian itu juga berjaya dirakam dan melalui rakaman video tersebut, pasangan pengantin dari Bandar Bekasi, Jawa Barat, Indonesia yang kini tular di laman sosial memperlihatkan kedua-dua pihak pada awalnya bersetuju dengan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram bersama sejumlah wang tunai.

Iklan

Namun, ketika pasangan itu bersedia untuk dinikahkan dihadapan juru nikah, kedua perkara yang dijanjikan oleh pengantin lelaki dengan keluarga pengantin perempuan tidak disertakan.

Akibatnya berang dan rasa seolah ditipu, bapa pengantin perempuan yang dikenali sebagai Tinggal, terpaksa membatalkan sahaja perkahwinan anaknya itu kerana bakal menantunya mungkir janji.

Tak jadi kahwin gara-gara pengantin lelaki tak bawa mas kahwin

Iklan

“Dia janj nak bagi mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada anak saya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini,” tegasnya.

Sementara pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi, hanya akur dan menurut secara arahan keluarga dan bersetuju agar pernikahannya dibatalkan.

Akibat daripada itu, timbul sedikit kekecohan antara kedua belah keluarga, namun ia berjaya dileraikan dengan bantuan pihak polis yang tiba ditempat kejadian setelah menerima laporan mengenai kekecohan tersebut.