PEMAIN bola sepak, Lionel Messi mencatatkan rekod selaku pemain terbanyak memenangi Anugerah Ballon d’Or selepas mengatasi Robert Lewandwski untuk dinobatkan sebagai pemenang  2021.

Messi yang terdiri daripada kesebelasan pasukan Paris Saint-Germain itu mula memenanginya pada tahun 2010 sejak ia diperkenalkan.

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Pemain bola sepak profesional Argentina berusia 34 tahun itu memenangi tempat pertama sebanyak tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.

Pada 2013 dan 2014, beliau memenangi tempat kedua sebelum kembali tempat pertama pada tahun 2015.

Bagaimamapun tahun ini, penyerang sensasi itu kembali mendapat kepercayaan dan undi tertinggi daripada wartawan antarabangsa, kapten serta jurulatih pasukan kebangsaan.

Ballon d’Or merupakan Anugerah Bola Emas yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah.

Baca juga: Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 303 juta followers Instagram

Iklan

Anugerah ini diberikan kepada pemain yang telah terpilih kerana telah melakukan aksi terbaik selama musim sebelumnya.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sering mendominasi anugerah ini.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, Kini Pogba Alihkan Minuman Keras Penaja Euro 2020

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @francefoodtball, @leomessi